Ceritanya begini, pada kira-kira jam 8.30 malam, kami sekeluarga ke Pasar Malam Bandar Tun Razak, Cheras, maklumlah isteri dah tak larat nak masak-masak, kadang-kadang kalau dah masak tak boleh makan pulak. Jadi semasa di pasar malam, selepas pusing-pusing, charkueteow dan mee goreng pun dibeli. Kemudian dibeli juga sedikit makanan ringan yang lain. Kemudian apabila sampai di rumah kira-kira jam 10 malam, isteri dah rasa tak sedap badan, tak mungkin dah nak bersalin. Kalau mengikut jangkaan pada 20 Oktober, dan kebiasaannya ketiga-tiga anak sebelum ini dilahirkan awal 2 minggu.
Jadi dalam keadaan tak berapa pasti, tunggulah tengok macam mana keadaannya. Kira-kira jam 11.30 malam, katanya dah memang rasa nak bersalin. Jadi dalam keadaan kelam-kabut, terus dipanaskan enjin kereta dan menalipon adik bagitau akan ke Hospital KPJ Kajang dan 3 anak ditinggalkan di rumah. Dalam perjalanan nak ke Kajang, baru sahaja sampai di depan SK Desa Baiduri, isteri bagitau baby dah nak keluar, kelam-kabut berhentikan kereta depan sekolah. Bila dibuka pintu belakang, dah nampak kepala baby. Apa lagi, terus pegang kepala dan tarik keluar, alhamdulillah selamat keluar, tapi cuba nak tarik keluar tali pusay dan uri, nampak gayanya payah. Jadi terus selimutkan baby dan pecut kereta. Dalam perjalanan duk fikir kalau nak ke Kajang akan mengambil masa yang agak lama, mungkin sekitar 20 minit, jadi keputusan dibuat, terus menghala ke Columbia Asia Hospital, Balakong.
Sesampainya di bahagian Kecemasan, bagitau petugas "baby dah keluar", macam superman semua nurse dan doktor bergegas ke kereta. Semasa di kereta, seorang doktor Singh telah memegang bay dan dia arahkan nurse bawa keluar isteri.
Semua berlaku agak pantas, sebaik sahaja selesai "parking" kereta, doktor Roshida bagitau semua dah selamat. Baby di bawa ke Nurse Caring Room manakala isteri dibawa ke Labour Room untuk pemantaun oleh doktor, masa itu jam menunjukkan 12.25am.
Kira-kira jam 3 pagi barulah isteri dibawa ke bilik 79A, aikkkk, kereta 7997, sama pulak, ada jugak yang minat dengan nombor, tu dia orang punya pasallah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment