Mutiara Kata

Saturday, October 06, 2012

Kelahiran - part 2

Kelahian awal sebulan dari jangkaan, mungkin tersilap kira kut, tapi tak apa. Kalau ikut-ikutkan, beza 5 minit saja untuk dapat tarikh 21.10.12, cantik tarikhnya, tapi dah ketentuannya begitu, jangan diubah.

Setelah selesai masuk wad, kira-kira jam 6 pagi, balik ke rumah untuk rehat sekejap dengan membawa uri dan pakaian kotor untuk dibersihkan. Mengikut Dr Roshida, kalau semuanya tiada masalah, dalam tengahari dah boleh keluar wad. Pada mulanya nak terus sahaja tanam uri, tapi isteri tak pernah tengok, jadi disimpan dahulu dalam peti sejuk.

Pada jam 11 pagi bersama 3 hero kembali ke hospital. Sesampai di sana, Dr tiada jadi kena tunggu sebelah petang. Pada jam 6 petang baru dapat 'clerance' dari Dr untuk keluar wad. Nasib baik ada pasukan pembantu: Nurabanu/suami dan Nini (tengah kursus kat Kem Batu Kentonmen).

Pada hari ini juga (Jumaat), masih belum diputuskan nama yang nak diberikan untuk baby ni. Duk fikir-fikir, memandangkan dia lahir dalam kereta, nak diberikan nama yang boleh dijadikan kenangan bila besar. Takkan nak letak nama Honda Civic pulak, heheheh.

Pada hari Ahad, setelah dirujuk dengan Mat Blue, telah diputuskan baby akan diberi nama Muhammad Asyraf Haiqal. Haiqal diambil sempena bunyi belakangnya macam CAR membawa maksud kereta, hahahaha.

Jadi secara rasmi pada hari Rabu, Muhammad Asyraf Haiqal didaftakn di Jabatan Pendaftaran Negara Bandar Tun Razak.

Semasa di JPN, sambil duk menunggu giliran 1126, duk perhati dekat kaunter 3, alamak garangnya petugas pompuan tu. Minta-minya janganla kena berurusan dengan dia. Tup-tup bila giliran dipanggil kena kaunter 3, alaaaahaaiiii, nayaaaaa.

Tengok muka je nampak gaya tak boleh cari makan ni. Tapi setelah bersembang sambil dia buat semakan dokumen, rupanya orang kampung, asal dari Padang Kala, Melor, dah menetap di KL sejak tahun 80an lagi. Nasib baik, nasib baik. Rupanya dalam sistem JPN rekod peribadi/isteri/anak tak update. Baru sekarang semuanya Kak Zainon tolong 'update'kan. Setelah selesai, MyKID akan siap dalam tempoh 1 minggu, tapi memandangkan hari Khamis bawa pula anak sulong buat KPT, jadi nak sekali harung sajalah nanti pergi ambil MyKID dan MyKad Muhammad Saiful Bahri, dah 12 tahun budak ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails