Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah
akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan
kelebihan daging kambing berbanding daging lain?
Senyum Kambing
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah.
Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat
(yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka
keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan
kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala
sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik
untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan
daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak
yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan
daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka
yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika
dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium
yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih
rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid
amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali
daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan
yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di
dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah
terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja
yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar).
Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan
sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan
rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah
ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan
yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti
MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat
halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia
boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang
menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang
menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan
isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging
kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu
darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang
terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan
pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging
kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah
tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging
kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal
dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika
terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging
kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan
turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu
oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak
yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan
gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga
berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging
kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan
ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan
dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan
di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan
sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit
kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari.
Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap
kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya
matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus
berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan
kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan
perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila
menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan
perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah
tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh
itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih
sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang
dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah
pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai
nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
No comments:
Post a Comment