Mutiara Kata

Sunday, August 29, 2021

Sahabat Warga Pesara Kerajaan

Mari kita sama-sama fahami pencen yg kita terima.

1.0 Soalan. Adakah duit pencen ini duit dari kutipan hasil cukai
Jawapan. Tidak.
Pencen adalah duit tabungan kita dari gaji semasa kita berkhidmat.

2.0 Sebanyak 17.5% dari gaji kita dicarumkan ke dalam Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).
 mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. Perkiraan melalui kaedah akturial dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau pencen terbitan jika pesara meninggal dunia. 

3.0 KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara. Ia adalah entiti yg diperbadankan.

4.0 Mengapa orang mempertikaikan kita yg bersara ini seolah2 makan gaji buta. 

Pesara tidak dibayar gaji tetapi pesara ini mendapat imbuhan bulan melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan.
Harap penerangan ini dapat kita tangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.

KAD PESARA DAN KOD-KOD BERKAITAN

TAHUKAH ANDA?

Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

PERTAMA
AP : Pesara Awam 
        Persekutuan

AN: Pesara Awam Negeri

AB: Pesara Awam Badan 
       Berkanun

AK: Pesara Awam Pihak 
       Berkuasa Tempatan

AX: Pesara Awam Kesihatan
       Persekutuan

AY: Pesara Awam Kesihatan 
      Badan Berkanun

AZ: Pesara Kesihatan 
       Tentera

AT: Pesara Angkatan 
      Tentera 

AS: Pesara Polis

AW: Pesara Awam 
        Kesihatan Pihak 
        Berkuasa Tempatan

KEDUA
Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)

BP : Pasangan Pesara 
       Awam Persekutuan

BN: Pasangan Pesara Awam 
       Negeri

BB: Pasangan Pesara Awam 
       Badan Berkanun

BK: Pasangan Pesara Awam 
       Kuasa Tempatan

BX: Pasangan Pesara Awam 
       Kesihatan Persekutuan

BY: Pasangan Pesara Awam 
       Kesihatan Badan 
       Berkanun

BZ: Pasangan Pesara 
       Kesihatan Tentera

BT: Pasangan Pesara 
      Angkatan Tentera 

BS: Pasangan Pesara Polis

BW: Pasangan Pesara 
        Kesihatan PBT 

*** kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara

*** nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)

*** hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)

*** bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan 

KELAYAKAN WAD
(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)

JUSA ke atas:
Kelas 1A (bilik Seorang)

Gred 45-54:
Kelas 1A (bilik seorang)

Gred 31-44:
Kelas 1B (Bilik Berdua)

Gred 21-30:
Kelas 1C (Bilik Bertiga)

Gred 1-20:
Kelas 2 (bilik berempat)

Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?

- pesara
- pasangan 
- anak-anak bawah umur 18 
   tahun, jika sambung 
   belajar di IPT, sehingga 
   21 tahun
- ibu bapa (untuk 
   perubatan dan dialisis 
    sahaja)

Siapa yang akan membiayai perubatan pesara? 

Pesara Awam Persekutuan:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA

Pesara/Veteran ATM Berpencen:
JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Pesara Awam Negeri:
PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING

Pesara Awam Badan Berkanun:
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT

Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT 

Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda? 

Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke mypesara@kwap.gov.my

Sekian dimaklumkan.

Tolong SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berkaitan boleh?

Terima kasih

Bahagian Pasca Perkhidmatan 
JPA

Monday, July 19, 2021

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Sungguh banyak pertanyaan yang berkaiatn dengan Hari Arafah. Bilakah Hari Arafah itu berlaku dan apakah kelebihan Hari Arafah. Apakah Hari itu mesti terikat dengan Hari Wuquf di Arafah ? Dan bila waktu yang paling mustajab (makbul) jika kita berdoa pada Hari Arafah ? Apakah doa yang paling bagus untuk dibaca pada Hari Arafah ?  Apakah waktu mustajab itu kita mesti sesuaikan dengan waktu wuquf di Arafah di Saudi Arabia. Jika puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa selama dua tahun, bolehkan kita beribadat sambil mengharap pahala ? Bukankah itu bermakna akan rosak keikhlasan kita jika kita beribadat kerana mengharap ganjaran pahala ? Apakah yang dimaksudkan akan dihapus dosa setahun yang akan datang, sedangkan ketika itu kita belum berbuat dosa ? Jazakallahu Khairan pak Uday di atas pencerahannya.

JAWAPAN : W. Salam. 

1. Hari Arafah jatuh pada 9h Zul Hijjah stiap tahun. Di Malaysia hari tersebut bertepatan dengan hari Isnin 19hb Julai 2021. 

2. Kelebihan Hari Arafah : Siapa yang berpuasa pada hari tersebut maka Allah akan ampun dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Kelebihan ini tertera di dalam hadis yang sahih riwayat Imam Tarmidzi 

3. Hari Arafah dihitung pada hari yang ke 9hb berdasarkan tarikh 1hb Dzul Hijjah pada tiapa-tiap Negara. Demikian juga dengan masanya Doa yang sangat makbul (diterima oleh Allah) juga berdasarkan dengan masa Negara masing-masing dan tidak perlu terikat dengan masa Arab Saudi. 

4. Jika Wuquf di Arafah jatuh pada 9hb Dzul Hijjah bermula selepas Zuhur hingga Maghribnya, maka waktu mustajab di Malaysia juga bermula sejak Zuhur hari tersebut dan tidak perlu dibandingkan dengan Waktu di Arafah sehingga ada yang mengatakan jika waktu di Arafah jam 12.27 – 19.01ptg maka di Malaysia bermula jam 5.27 – 12.01 tghmalam. Mengapa demikian ? Karena dalam hadis disebut *Hari Arafah* bermula setelah *Zuhur.* Oleh itu, umat Islam dimanapun mereka berada hanya perlu terikat dengan hari Arafah di Negara masing-masing dan juga waktu Zuhur masing-masing. 

5. Logiknya jika dikatakan waktu yang mustajab adalah 1/3 akhir malam, masa itu tertakluk dengan waktu setiap Negara. Semua kita sedia maklum antara satu Negara dengan Negara lain ada perbezaan waktu. Contoh : Jam 4.00pagi di Toronto (Canada), sedangkan ketika itu di Malaysia 4.00petang, sebab perbezaan dua Negara ini 12 jam. Apakah kita mesti terikat dengan waktu Canada jika kita di Malaysia ingin Tahajjud, Witir, dan mendapat waktu mustajab ? Tentu tidak. Demikian juga dengan Waktu Solat, memulai Puasa Ramadhan, Eidul Fitry, Eidul Adhha. Nah demikian juga waktu mustajab di Malaysia pada Hari Artafah adalah setelah waktu Zuhur di Malaysia dan tidak perlu terikat dengan waktu Zuhur di Saudi Arabia. 

6. Tujuan kita beribadat ada tiga : 
6.1. Untuk menyatakan syukur kepada Allah. 
6.2. Untuk mengharap pahala, syurga dan redha Allah. 
6.3. Kerana takut azab, murka dan Neraka Allah. Kesimpulan ini kita ambil daripada pengajaran surah Al-Fatihah. 

Itu sebabnya ayat : Hanya kepada Engkau kami beribadat, diawali oleh tiga ayat : 
1. *Al-Hamdulillah* (lambang kesyukuran). 
2. *Al-Rahman Al-Rahim* (lambang mengharap syurga). 
3. *Maliki Yaumiddin* (lambang takut kepada Allah). 

7. Adapaun maksud penghapusan dosa dua tahun, maksudnya dosa-dosa kecil, bukan dosa besar sebab dosa besar hanya terhapus melalui taubat nasuha. Apa pula maksud terhapus dosa kecil setahun akan datang padahal dosa tersebut belum kita lakukan ? Menurut para Ulamak : Maksudnya Allah SWT akan halang setiap hati kita akan melakukan dosa pada masa-masa setahun mendatang sehingga tidak jadi melakukan dosa. Dengan demikian dia tidak berdosa. Wallahu A’lam. Demikian sedikit pencerahan semoga berguna sebagai panduan.
Related Posts with Thumbnails