Mutiara Kata

Wednesday, February 22, 2023

Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N)

Perbualan antara seorang Pesara polis dengan seorang Pegawai polis yang masih bertugas.

Pegawai Pol....Pakcik seorang pesara ye..

Pesara...Ye ...Dah lebih 20 tahun bersara .

Peg.Pol...Wah....dah kira veteran tu..Dulu tugas dimana tu?

Pesara...Pakcik tak pernah tukar tugas sejak memasuki perkhidmatan PDRM..Dari awal pakcik mula berkhidmat dalam PPH , sekarang PGA kan.?Ye lah pakcik sekolah tak tinggi pun ,hanya layak untuk gelas senjata dan masuk keluar hutan jak.

Peg.pol...Tentu banyak pengalaman dan peristiwa semasa berkhidmat dalam PPH kan pakcik.

Pesara...Hmmm... kalau nak cerita tu,pakcik rasa 3 ke 4 hari pun tak abis tapi cukup lah pakcik kata sampai anak pun tak kenal bila kembali dari buat operasi..Mana tak pernah pakcik tinggal kan anak isteri selama 9 bulan baru balik sampai anak yang bungsu pakcik tinggal kan dah tak tahu saya ini bapa dia..sedih kan?

Peg.Pol...Ye saya faham beban tugas yang anggota PDRM dulu.Pengorbanan mereka amat berat dan mencabar .Anak isteri di tinggalkan berbulan bulan dan saya juga tahu kelengkapan , gaji , logistics dan perumahan pun sedih jika kita lihat.

Pesara... itulah saya kata kalau nak diceritakan semua satu minggu pertama pun tak habis.

Peg.Pol...Memang betul pakcik..Apa pun bersyukur juga kita kerana pihak pimpinan dan kerajaan telah mengenang jasa pakcik dan kita dengan memberi penganugerahan satu pingat , walaupun kita pandang ia hanya satu replica namun dapat anak cucu kita mengetahui bahawa ayah dan datuk mereka telah member sumbangan yang amat besar kepada keselamatan Negara.

Pesara... Anugerah apa itu.?

Peg.Polis..Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)

Pesara.. Pingat? Untuk siapa ?.

Peg.Pol...Ia adalah satu penganugerahan kepada bekas bekas pertugs PDRM semasa DARURAT dan Era INSURGENSI.Mengenang jasa dan pengorbanan yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan mempertahankan Negara dari ancaman luar dan dalaman.

Pesara ...Ye kah?Pakcik tak dapat pun.. Sejak masuk polis ,masuk keluar hutan memburu komunis,menjaga sempadan Negara,satu apa pun tak dapat.. Pingat apa tadi??.... bukan nak kata pingat itu..PPA dan PPM pun pakcik beli sendiri semasa dikendaki pakai..Awak dah dapat kah?

Peg.Pol...Sudah pakcik bersama wang sebanyak Rm 500.00.

Pesara..Ye kah.Masa Darurat dulu awak dah bertugas kah?

Peg Pol..Tak ada lah pakcik.Saya masa masuk polis Darurat dah aman..Tugas saya pun dari mula dulu sebagai Pegawai Penyiasat dan sekarang sebagai Pegawai dalam Cawangan Narkotik.Nak kata masuk hutan pun tak pernah apalagi nak pergi berperang.Tapi kami semua dapat pakcik.. Pakcik kena lapur dalam E.Pesara untuk tuntut semua itu.

Pesara...Tak pa lah nak.Ambil lah kamu orang pingat dan anugerah itu.Tak ada makna nya bagi saya dan rakan rakan yang pernah berkhidmat dulu kalau itu syarat nya.. Seperti  PENGEMIS ,mengemis untuk memohon hanya satu besi itu...Mana maruah kami??Maruah kami tidak dapat di beli dengan wang ringgit atas perjuangan kami..Begitu kah cara nya untuk mendapatkan anugerah itu...?Kami perlu mengemis?Ini bermakna jika tidak memohon (Mengemis)kami tak dapat lah....Tak apa lah ,tak dapat pun tak apa.Bersyukurlah perkhidmatan pakcik sampai ke hujung dan masih lagi sehat...Ini adalah Anugerah yang paling berharga dari Allah SWT.. Begitu lah kehidupan seorang pahlawan.Semasa masih berkhidmat kami di perlukan tetapi setelah di gelar pesara pengorbanan kami di lupakan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails