Bila anda enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.
Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana seks boleh menghilangkan sakit kepala.
Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki kesan seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diertikan bahawa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak "ubat sakit kepala" yang dikeluarkan.
Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium anda akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika anda sedang ghairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.
Bukan rahsia lagi apabila melakukan hubungan seks secara rutin terbukti dapat meningkatkan kualiti kesihatan anda. Dalam Secret of the Superyoung, penulis yang juga Ahli Saraf di Royal Edinburgh Hospital, David Weeks, mengatakan bahawa melakukan hubungan seks dalam porsi cukup boleh membuat anda tampil 10 tahun lebih muda.
Seks juga mujarab sebagai ubat stres. Bila merasa tegang, maka seks boleh membantu anda menjadi lebih rileks dan mengurangi beban akibat rutin kerja seharian. Selama melakukan hubungan seks, tubuh akan mengeluarkan endorphin, iaitu hormon yang boleh menciptakan perasaan enak dalam otak.
Perlu diketahui pula, berdasarkan sebuah penelitian, melakukan seks secara teratur ternyata boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga 30%.
Hubungan seks menghasilkan hormon melatonin, yang baik untuk melawan bakteria dalam darah, menghindari kesan-kesan penuaan dan memberi efek mengantuk. Dengan demikian, anda boleh terhindar dari penyakit flu dan masuk angin tanpa harus tergantung pada ubat. Dengan takdir Tuhan, anda boleh panjang umur berkat hubungan seks.
Percaya atau tidak, setelah melakukan kajian lebih dari 10 tahun, Profesor dari Bristol University, Shah Ebrahim mengatakan bahawa seks dapat mengurangi risiko terkena serangan jantung atau stroke.
Menurut Embarhim, melakukan hubungan seks itu lebih sehat daripada jogging.
Dengan melakukan seks sebanyak tiga kali seminggu, bererti anda memperoleh tambahan pembakaran kalori hingga 8000 kalori setahun. Bila tubuh melakukan pembakaran kalori yang mendekati sempurna ini, anda akan merasa lebih sihat dan bahagia.
Mungkin anda belum mengetahui bahawa setiap 100 kali orgasme, bererti anda terhindar dari kematian premature hingga 36% kerana darah boleh menembus salur darah mati ketika malakukan seks, sehingga salur darah itu boleh diperbaharui. Dengan melakukan hubungan seks, bererti anda merangsang regenerasi sel-sel dalam tubuh anda sendiri.
Namun yang paling utama dan penting dari itu semua adalah, semakin sering melakukan hubungan seks, maka anda akan semakin romantis. Hormon oxytocin yang dikeluarkan setiap kali orgasme, boleh meningkatkan daya romantisme, seperti selalu ingin memeluk dan mencium, atau sebaliknya. Dengan demikian, hubungan cinta Anda boleh dikatakan relatif aman damai.
No comments:
Post a Comment