Hari ini, cuti umum sempena sambutan Tahun Baru bagi masyarakat Cina yang bersempena juga dengan jatuhnya sebagai tahun HARIMAU, tak tau apa nak buat. Nak keluar jalan-jalan, ronda-ronda sekitar KL, dengar pula makluman dari rakan ham pagi tadi, jalan agak sesak. Kalau ikutkan perancangan nak bawa keluarga ke Bukit Tinggi, dah dapat info trafik sebegitu, tak berani pulan nak mencari pasal. Elok-elok boleh duduk rumah berehat, kang kalau ke sana nanti, buat sakit hati dengan kesesakan trafik dan tak pasal-pasal datang angin tak baik. Jadi, diam-diam di rumah, sambil-sambil tu godek-godek blog ni, maka disebabkan gatal tangan, template untuk blog ini diubah, bukan apa, kira tukar selera sempena tahun baru ni. Kalau diikutkan tahun rimau, nak bagi blog ni belang-belang macam rimau, tapi takkanlah blog pun nak kena nampak garang macam rimau, yang penting adalah sedikit perubahan sambil-sambil untuk belajar lebih lanjut lagi berkaitan template.
Setelah diubah sebanyak tiga kali, makanya yang ketiga inilah rasanya lebih menarik, tak perlu lagi ada archive, semua tempelan yang terdahulu telah tersedia sebanyak 20 tempelan. Setelah mana-mana satu tempelan dibuka untuk ditatap, ditenung, dibaca atau di apa-apa sajalah, ada pula linkin with, jadi banyak pilihan untuk pengunjung (walaupun kalau nak dikira tak berapa banyak lagi catatan yang dimuatkan di blog ini).
Semalampun tak kemana-mana, cuma berada di rumah sibuk duk menggodek pc yang dah kena virus, dari pagi sampai malam, dah tak boleh diselamatkan, minta tunjuk ajar dari rakanpun sama juga, dah kategori kritikal pc lama tu. Tapi tak apa, nanti ada kelapangan lagi bolehlah nak godek pc tu lagi, sementara itu terpaksalah surf internet pakai laptop, aduihh.... skrin pula kecik, nak tekan kuat-kuat rasa kesian pula laptop ni. Takpalah, buatlah apa yang patut pelan-pelan.
Baru sebentar tadi pula terdengar audio rakan ham di jalur V47, katanya laluan di Jalan Duta dan Jalan Syed Putra dah lengang. Cantik juga tu, bolehlah malam sikit lepas Isyak bawa family keluar ronda-ronda, kesian tengok anak-anak dari pagi sampai petang sibuk dengan buku je, baik bawa jalan-jalan, dapat tengok persekitaran, dapat tengok suasana KL yang jarang-jarang tidak sesak.
Cuti kali ni, ramai juga yang balik kampung, duk fikir-fikir cuti taklah lama sangat, nanti tak berbaloi penat memandu, jadi buat keputusan cuti sekolah bulan Mac nantilah akan balik kampung. Dapatlah melawat orang tua dan sedara-mara serta yang penting sekali nak tengok proses pembinaan rumah yang katanya dah naik bumbung, cantik... Kalau tiada apa-apa masalah rasanya sekitar bulan Mei atau Jun nanti, siaplah rumah idaman untuk family.
Rasanya kalau nak merapu ni banyak lagi benda yang boleh ditaip, tak perlulah panjang-panjang cerita, cukuplah dahulu setakat ini nak menggatalkan tangan main laptop ni, lain kali cerita lagi.
No comments:
Post a Comment