Mutiara Kata

Tuesday, February 02, 2010

Bersedekah Kepada Suami

Zainab adalah Seorang isteri yang  hartawan telah berkahwin dengan Abdullah bin Masud RA seorang yang miskin. Beliau sangat berhajat untuk menyedekahkan harta kepada suaminya tetapi merasa ragu-ragu  samada perbuatannya itu dibolehkan atau sebaliknya. Zainab menyuruh Abdullah bin Masud supaya berjumpa Nabi SAW untuk mengadu hal apakah hukum beliau boleh bersedekah untuknya. Suaminya berasa keberatan untuk berbuat demikian dan menyerahkan urusan itu kepada isterinya. Zainab terus pergi ke rumah Nabi SAW dan didapati di rumah Nabi SAW ada seorang perempuan yang mengalami masaalah yang sama. Semasa berbual-bual, kemudian lalu Bilal dan meminta jasa baik Bilal untuk menanyakan kepada Nabi SAW, tetapi beliau meminta Bilal merahsiakan pengenalan diri kerana malu kepada Nabi SAW. Setelah Bilal bertemu dengan Rasullullah SAW, barulah dapat merungkaikan masalah yang terbuku selama ini bahawa Rasullullah SAW memberitahu bahawa seseorang isteri yang bersedekah kepada suaminya akan mendapat 2 pahala iaitu pahala sedekah dan pahala kerabat.

Kesimpulannya, wahai isteri-isteri banyaklah memberi pertolongan kepada suami-suami anda jika anda mahu kedua-dua pahala tersebut disamping ia juga akan mendapat payung dimahsyar nanti. Insya Allah..
(Petikan TGNA - Taqwa)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails