Dah lama kerja, kereta dah banyak kali tukar, terlupa pula pasal rumah. Tahun lepas balik ke kampung tetiba pula dapat tahu ada projek perumahan yang akan dilaksanakan berdekatan dengan rumah orang tua. Setelah berbincang dan difikir-fikirkan, nak beli rumah kat KL harganya dah melambung tinggi dan rumah taklah seberapa sangat dari segi saiznya. Maka buat keputusan untuk beli rumah kat kampung, dapatlah jenis bungalow, kalau di KL dengan harga yang sama kalau bernasib baik dapatlah rumah teres dua tingkat je, baik ambik kat kampunglah. Puas hati, bukan setakat ada rumah sebiji tetapi dapat pula kawasan yang agak luas, selesa sikit tak payah nak berkongsi dinding rumah dengan orang lain. Duk tengah main hanphone ternampaklah beberapa keping gambar yang sempat disnap, jadi baik muat kat blog ni, nanti boleh tengok keadaan asal kawasan tapak rumah dengan keadaan bila dah siap nanti. Mungkin kalau cepat siap sekitar bulan Jun nanti, dan duk pikir juga bagus siap-siap pasang tapak untuk naik pole antenna, senang sikit, perancangan masa depan...
No comments:
Post a Comment