Mutiara Kata

Friday, June 03, 2022

Sejarah Lantai Masjid Haram dan Masjid Nabawi

Ramai tidak tahu, di lihat dari angkasa seolah-olah bercahaya.. Terang betul putihnya.

Seakan batu itu tercipta semata untuk ini..

NAMA LANTAI : THASSOS MARBLE
TEMPAT PENGELUAR : THASSOS ISLAND, GREECE

ARKITEK YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMASANGNYA:

**Almarhum Muhammad kamal ismail**

Al marhum Muhammad Kamal Ismail ada menceritakan satu kisah berkaitan lantai berbatu putih yang di gunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Yang dinamakan dengan nama
رخام ثاسوس ابيض

(Rukham thassus abyad) 
Iaitu Batu Marble Thasus Putih

Jom kita baca kisahnya...

Pengalaman yang diceritakan oleh al marhum Muhammad Kamal Ismail berkaitan lantai berwarna putih di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi...

Beliau sengaja memilih meletakkan batu granit berwarna  putih disekitar  Masjidil Haram  yang digunakan oleh para jemaah yang bertawaf disekeliling Kaabah dan dikawasan lain didalam Masjidil Haram.

Batu granit ini fungsinya adalah untuk menyerap haba panas. Kerana itulah ia sejuk.

Cerita yang mengatakan dibawah lantai ini adanya teknologi air yang mengalir dan menyerap haba panas, tidak benar sama sekali.. 

Untuk pengetahuan semua..

Batu granit berwarna putih ini hanya terdapat di satu bukit kecil yang terletak sebuah pulau yang dinamakan ia dengan nama THASSOS di negara yunani atau nama lainnya adalah Greece...

Al marhum Muhammad Kamal Ismail telah pergi melihat sendiri dikawasan pergunungan itu dan membuat perjanjian kerjasama sebagai pembeli dengan syarikat pemilik batu granit ini...

Matlamatnya adalah untuk membeli dengan kadar yang secukupnya bagi kegunaan Masjidil Haram... 

Saat itu separuh dari bilangan yang diperlukan telah tersedia ada di lombong  granit itu

Maka setelah perjanjian ditandatangani, 
Beliau pulang ke Kota Mekah dengan membawa batu granit putih ini..

Dan ia berjaya dihamparkan di seluruh lantai Masjidil Haram dengan sempurna.

Kemudian..

Setelah berlalu 15 tahun lamanya.

Kerajaan Arab Saudi meminta agar Almarhum Muhammad Kamal Ismail
memasang lantai batu granit putih yang sama  juga di seluruh lantai Masjid Nabawi di Madinatul Munawwarah. 

Maka..

Muhammad Kamal Ismail bercerita lagi..
Pada saat saya mendapat panggilan dari Pemerintah Arab Saudi..

Saya menjadi risau sangat sangat.. 
Kerana sudah 15 tahun.

Saya pun tidak pasti, masih adakah lagi batu-batu tersebut...

Maka almarhum Muhammad Kamal Ismail
terbang ke Greece untuk membeli pula sebahagian yang lain. 

Beliau pun berjumpa dengan pemiliknya
Dan menyatakan hasrat untuk membeli lagi Batu Granit Istimewa itu. Kali ini atas tujuan  pemasangan lantai di Masjid Nabawi pula.

Pemilik syarikat memberikan jawapan..

Sesungguhnya selepas tuan membeli sebahagian batu granit Thasus pada 15 tahun yang lepas, ada orang lain datang dan telah membeli kesemuanya.

Mendengar itu..
 
Saya menjadi sedih, menangis, hiba dan sebak.

Dalam hidup saya, tidak pernah saya merasakan kesedihan yang sebegitu.. 
Perit mendengar jawapan itu hanya Allah yang tahu.

Saya seolah kehilangan sesuatu yang sangat besar. Sukar nak diungkapkan..

Bayangkan batu yang ingin dipasang di Masjid Nabi! Telah habis... Dan batu itu pula tiada di tempat lain.. Sedihnya saya ketika itu..

Kemudian tergerak hati untuk bertanya siapakah pemilik yang telah membeli kesemua batu-batu tersebut..

Pemilik Syarikat menjawab, kami tidak pasti, 
kerana sudah terlalu lama. 15 tahun agak sukar untuk mencari pembelinya.

Saya berkata padanya,
tolonglah carikan maklumat siapakah yang membelinya..

Ini alamat hotel saya dan nombor telefonnya.
Hubungi saya jika dapat. Saya masih ada satu hari lagi di sini...

Kemudian saya meninggalkan Syarikat itu dalam keadaan saya menangis terlalu sedih. 

Maka esoknya..

Beberapa jam sebelum saya berangkat pulang ke Saudi...

Dapat satu panggilan dari syarikat batu itu.

"Tuan, datanglah ke office, kami sudah temukan maklumat pembeli yang tuan mahukan."

Mendengarkan itu saya bergegas ke sana.

Dan..

Berderau darah saya melihat maklumat pembeli itu. Rupanya pembeli dari salah sebuah syarikat yang beralamat di Arab Saudi!

Masyaallah.. 

Apa lagi.. 
Terus saya pulang ke Arab Saudi dan bergegas ke alamat yang tertera..

Kemudian saya bertemu dengan pemilik syarikat itu dan bertanya..

"Apa yang kamu lakukan dengan batu granit putih yang dibeli pada tahun tahun yang lepas di Greece????"

Maka pemilik ini seakan akan lupa, lalu berkata.. 

"Saya tak berapa ingat akan hal itu."

Kemudian dia menghubungi sesorang dan bertanya akan batu itu. Setelah itu berkata,

"Batu itu masih di gudang, tidak tersentuh sedikit pun," katanya agak kehairanan.

Mendengar  itu saya terus menangis teresak esak, sepertinya anak-anak.

Sungguh sungguh saya menangis...

Pemilik syarikat itu yang kehairanan dan bertambah lagi hairan, lalu bertanya.

Kenapa saya menangis??? 

Saya pun menceritakan hal itu dari awal. Pembikinan Masjidil Haram sehinggalah
permintaan kali kedua untuk Masjid Nabawi.
Saya ceritakan keseluruhannya..

Kemudian saya berikan cek kosong kepada pemilik syarikat itu, saya katakan padanya..

"Tuan tulislah berapa yang tuan mahu saya bayar. Saya akan membayarnya,
asalkan saya dapat kembali batu granit itu. Demi Allah yang Tiada Tuhan melainkan Dia."

Setelah pemilik syarikat ini tahu yang saya ingin mendapatkan batu granit itu atas tujuan untuk pembinaan lantai Masjid Nabawi.. 

Dia berkata

"Saya tidak akan mengambil satu dirham pun dari kamu. Batu batu granit ini saya hadiahkan  saja pada kamu ikhlas disumbangkan pada jalan Allah." 

"Sesungguhnya Allah telah melupakan aku pada batu yang telah aku beli satu ketika dahulu..

Dan Allah lah yang sebelum ini mengatur supaya aku membelinya untuk kepentingan yang aku pun tidak pasti kenapa.. 

Dan kini aku faham tujuannya."

Rupanya pemilik itu seolah digerakkan hatinya untuk membeli batu-batu itu dan dia sendiri tidak tahu tujuan sebenar dia membeli. Kerana setelah itu dia sendiri lupa akan perihal batu-batu itu.. Disimpan di gudang nya bertahun-tahun tanpa disentuh.

MasyaAllah.. 
Hebat kuasa Allah mengatur..

Akhirnya batu itu diserahkan kepada

Al marhum Muhammad Kamal Ismail untuk diuruskan dalam proses meletakkan ia di keseluruhan lantai Masjid Nabawi.

ALLAAAAAHU AKBAR!!!!! 

Bayangkan pahala yang tetap mengalir bagi setiap penyumbang yang menyumbang segala bentuk sumbangan ke atas sesebuah masjid yang terbina..

Selagi mana masjid itu diguna pakai untuk makhluk-makhluk Allah beribadah, selagi itu pemilik sumbangan yang ikhlas memperoleh pahalanya..

Bukan manusia sahaja yang beribadah..

Subhanallah..

Semoga Allah cucuri rahmat pada mereka yang menyumbangkan tenaga dan idea pada usaha yang murni ini.... 

Aamiin... 

#sejarahlantaimasjidharam
#sejarahmasjidnabawi
#sejarahislam

Kredit pada penterjemah asal.
Sumber Cerita: Dr. Zaglool Al-Najjar, Geologis Mesir

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails