Mutiara Kata

Monday, July 19, 2021

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Sungguh banyak pertanyaan yang berkaiatn dengan Hari Arafah. Bilakah Hari Arafah itu berlaku dan apakah kelebihan Hari Arafah. Apakah Hari itu mesti terikat dengan Hari Wuquf di Arafah ? Dan bila waktu yang paling mustajab (makbul) jika kita berdoa pada Hari Arafah ? Apakah doa yang paling bagus untuk dibaca pada Hari Arafah ?  Apakah waktu mustajab itu kita mesti sesuaikan dengan waktu wuquf di Arafah di Saudi Arabia. Jika puasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa selama dua tahun, bolehkan kita beribadat sambil mengharap pahala ? Bukankah itu bermakna akan rosak keikhlasan kita jika kita beribadat kerana mengharap ganjaran pahala ? Apakah yang dimaksudkan akan dihapus dosa setahun yang akan datang, sedangkan ketika itu kita belum berbuat dosa ? Jazakallahu Khairan pak Uday di atas pencerahannya.

JAWAPAN : W. Salam. 

1. Hari Arafah jatuh pada 9h Zul Hijjah stiap tahun. Di Malaysia hari tersebut bertepatan dengan hari Isnin 19hb Julai 2021. 

2. Kelebihan Hari Arafah : Siapa yang berpuasa pada hari tersebut maka Allah akan ampun dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Kelebihan ini tertera di dalam hadis yang sahih riwayat Imam Tarmidzi 

3. Hari Arafah dihitung pada hari yang ke 9hb berdasarkan tarikh 1hb Dzul Hijjah pada tiapa-tiap Negara. Demikian juga dengan masanya Doa yang sangat makbul (diterima oleh Allah) juga berdasarkan dengan masa Negara masing-masing dan tidak perlu terikat dengan masa Arab Saudi. 

4. Jika Wuquf di Arafah jatuh pada 9hb Dzul Hijjah bermula selepas Zuhur hingga Maghribnya, maka waktu mustajab di Malaysia juga bermula sejak Zuhur hari tersebut dan tidak perlu dibandingkan dengan Waktu di Arafah sehingga ada yang mengatakan jika waktu di Arafah jam 12.27 – 19.01ptg maka di Malaysia bermula jam 5.27 – 12.01 tghmalam. Mengapa demikian ? Karena dalam hadis disebut *Hari Arafah* bermula setelah *Zuhur.* Oleh itu, umat Islam dimanapun mereka berada hanya perlu terikat dengan hari Arafah di Negara masing-masing dan juga waktu Zuhur masing-masing. 

5. Logiknya jika dikatakan waktu yang mustajab adalah 1/3 akhir malam, masa itu tertakluk dengan waktu setiap Negara. Semua kita sedia maklum antara satu Negara dengan Negara lain ada perbezaan waktu. Contoh : Jam 4.00pagi di Toronto (Canada), sedangkan ketika itu di Malaysia 4.00petang, sebab perbezaan dua Negara ini 12 jam. Apakah kita mesti terikat dengan waktu Canada jika kita di Malaysia ingin Tahajjud, Witir, dan mendapat waktu mustajab ? Tentu tidak. Demikian juga dengan Waktu Solat, memulai Puasa Ramadhan, Eidul Fitry, Eidul Adhha. Nah demikian juga waktu mustajab di Malaysia pada Hari Artafah adalah setelah waktu Zuhur di Malaysia dan tidak perlu terikat dengan waktu Zuhur di Saudi Arabia. 

6. Tujuan kita beribadat ada tiga : 
6.1. Untuk menyatakan syukur kepada Allah. 
6.2. Untuk mengharap pahala, syurga dan redha Allah. 
6.3. Kerana takut azab, murka dan Neraka Allah. Kesimpulan ini kita ambil daripada pengajaran surah Al-Fatihah. 

Itu sebabnya ayat : Hanya kepada Engkau kami beribadat, diawali oleh tiga ayat : 
1. *Al-Hamdulillah* (lambang kesyukuran). 
2. *Al-Rahman Al-Rahim* (lambang mengharap syurga). 
3. *Maliki Yaumiddin* (lambang takut kepada Allah). 

7. Adapaun maksud penghapusan dosa dua tahun, maksudnya dosa-dosa kecil, bukan dosa besar sebab dosa besar hanya terhapus melalui taubat nasuha. Apa pula maksud terhapus dosa kecil setahun akan datang padahal dosa tersebut belum kita lakukan ? Menurut para Ulamak : Maksudnya Allah SWT akan halang setiap hati kita akan melakukan dosa pada masa-masa setahun mendatang sehingga tidak jadi melakukan dosa. Dengan demikian dia tidak berdosa. Wallahu A’lam. Demikian sedikit pencerahan semoga berguna sebagai panduan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails