Mutiara Kata

Tuesday, December 10, 2019

Pencen

APABILA KITA BERSARA.. AKAN PERGI SELAMANYA

YG MASIH BEKERJA...AKAN FIKIR BILA NAK BERSARA

Apabila kita dah PENCEN,
Selesai sudah tugas kita puluhan tahun punya masa,

Apabila kita dah PENCEN,
Tiada lagi pangkat kita,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita dah semakin tua,

Apabila kita dah PENCEN,
Tak perlu lagi bekerja cari harta dunia,

Apabila kita dah PENCEN,
Anak, menantu, cucu ada merata rata,

Apabila kita dah PENCEN,
Usah lah cuba berbini dua,

Apabila kita dah PENCEN,
Makan dan pakai ala kadar saja,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita semakin dekat dgn kubur,

Apabila kita dah PENCEN,
Orang dah tak kenal kita.

Apabila kita dah PENCEN,
Kita cepat jadi pelupa,

Apabila kita dah PENCEN,
Baru nak bermula cari amalan sebab dulunya kita alpa,

Apabila kita dah PENCEN,
Terbayang amalan belum cukup untuk ke sana,

Apabila kita dah PENCEN,
Mula dah tak suka dengan hiburan dan yang melekakan,

Apabila kita dah PENCEN,
Selalu teringat kenangan kisah lama juga kawan2 lama,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita sememangnya dah tua,
Ingat2 lah akan sampai harinya
Kita akan dijemput ke sana,
Penyakit datang walaupun dijaga
Hanya amalan akan dibawa,

Mengharap anak isteri doakan kita,
Semuga kita damai di sana,
Menanti tiba hari kebangkitan,
Amal dosa semuanya dikira.
Penentu syurga atau neraka.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT2. JANGAN BERKELAHI TENTANG ISU2 SEMASA YG PENTING SALING MEMAAFI ANTARA KITA SEBAB KITA TK TAU BILA AJAL KITA AKAN TIBA

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails