Mutiara Kata

Friday, November 08, 2019

Pendidikan Anak²

Zaman dulu, ibu bapa yang tidak berpendidikan tinggi/ kurang berpendidikan/kerja kampung melahirkan:

🔹Doktor
🔹Jurutera
🔹 Saintis
🔹 Akauntan
🔹 Peguam
🔹 Arkitek
🔹 Profesor 
 yang dikategorikan sebagai Group 'A'. 

Anak anak Group 'A' ini berusaha keras (atas usaha sendiri), selepas Darjah 6 atau Tingkatan 6 untuk berjaya. 

Kebanyakan mereka:

👉berkaki ayam ke sekolah
👉membantu ibu bapa di kebun
👉mengangkat air (tiada bekalan air paip) dan mencari kayu api (tiada kemudahan dapur gas) 
👉membantu ibu bapa membela/ menternak haiwan ternakan
👉ada yang berniaga selepas waktu sekolah 

Kini,  Group 'A' , yang telah bergelar ibu bapa, melahirkan anak-anak yang kita panggil Group B.

Anak-anak Group B adalah:

🔹dimanjakan
🔹dibantu untuk menyudahkan kerja sekolah (baik dari tadika hingga ke sekolah menengah hatta di peringkat Universiti)
🔹dihantar ke sekolah-sekolah mahal atau ke luar negara 
🔹mereka boleh menonton rancangan kegemaran sebaik lepas waktu sekolah/ cuti sekolah
🔹dilayan bagai raja dan permaisuri 
🔹mereka tak buat kerja kerja rumah/ tak bantu ibu bapa di rumah
🔹Makanan dihidang untuk mereka 
🔹Pinggan mangkuk mereka selepas makan pun dibersihkan ibu bapa/ bibik 
🔹Mereka dimewahkan dengan kereta mewah dan pakaian berjenama 
🔹Dan duit poket!  
🔹Ibu bapa bantu mereka untuk menyiapkan tugasan 

🤔 Sayangnya, cuma segelintir dari anak anak Group B ini yang boleh 'bertutur' atau 'menulis' dalam ertikata sebenar. 😏

🤔Ibu bapa Group 'A' mengambil berat tentang ibu bapa dan anak anak mereka. 

TETAPI

Situasi bagi ibu bapa Group 'B', anak anak mereka masih terkapai kapai untuk berdikari walau usia sudah mencecah 30-an‼

Anak anak ini sukar untuk berdikari akibat terlalu banyak dimuakan dengan bantuan ibu bapa hatta ke tahap berfikir.

Jadi, mereka tidak dapat membantu diri mereka sendiri, ibu bapa mereka, apatah lagi masyarakat sekeliling.

Mereka tergamak mengabaikan ibu bapa sendiri dalam mengejar impian hidup.

Anak anda dalam Group mana?

🏮Kurangkan manjakan/ memberi bantuan yang kurang perlu pada anak anak. 

🏮Didik anak anak membesar dengan matang, bijak, yakin dan ada kekuatan kendiri. 

🏮Didik anak-anak hadapi kenyataan hidup dan menjadi insan bertanggungjawab.  

❤️Didik anak-anak supaya:

👉agungkan kebesaran Tuhan
👉hormati diri sendiri dan orang lain
👉bina keyakinan kendiri 

Untuk saya dan ibu bapa lain, jom kita disiplinkan anak anak kita untuk jadi insan yang berdisiplin dan berguna, bak kata orang dulu dulu, biar JADI ORANG‼ Hidup jangan menyusahkan orang‼

Berhenti menyalahkan orang lain, kurikulum, sistem pendidikan etc. Yang salah adalah kita sendiri yang gagal jadi ibubapa terbaik dalam mendidik anak-anak. Ingat, satu jari tunding orang, jari-jari lain sedang menunding diri sendiri. 

Semoga kita semua dirahmatiNya.

#CikguShah
#copypastedariWhatsApp

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails