Mutiara Kata

Sunday, April 02, 2017

Suami Itu Ibarat Ladang Pahala Buat Isteri

Kalian yang bernama isteri, pernah tak kalian sedar tentang pengorbanan dan kasih sayang seorang suami kepada kita? Kita sebagai isteri selalu rasa kita jelah yang berkorban, kita jelah yang tunjuk rasa cinta dan sayang. Tapi kita tak sedar, sebenarnya suami kita pun berkorban. Suami kita pun tunjuk rasa sayang dan cinta dia. Cuma cara mereka tunjuk berbeza.

Kepada isteri semua, hargai dan kasihi suami kalian. Berapa ramai perempuan single di luar sana yang masih mencari calon pasangan. Andai sahaja kalian tahu mempunyai suami itu juga satu rezeki.  “mempunyai pasangan itu juga satu rezeki. Mencintai dan dicintai juga satu rezeki”. Maha Suci Allah, betapa kita leka dan alpa dengan nikmat yang satu ini.

Suami itu ibarat LADANG PAHALA buat seorang isteri. Maka gunakanlah peluang ini utk kita mendpt rahmat ALLAH.

Wahai isteri, apabila kau bangun tidur dan kalau lihat suami kau sedang lena di sisi maka panjatkan lah kesyukuran setingginya pada Allah. Berapa ramai isteri di luar sana yang tidur bersebelahkan ruang katil yang kosong,  
Berapa ramai yang rindukan kehangatan pelukan dan ciuman suami tapi tak mampu merasai semua itu hanya kerana Allah lebih sayangkan suami mereka dan diharapkan isteri sekarang lebih menghargai suami mereka dan tolong lah mengerti bahawa suami itu lah asbab kalian ke syurga atau ke neraka. Perempuan senang masuk syurga, tapi at the same time perempuan juga lah paling banyak dalam neraka juga dalam syorga maka Ambil yang baik dan semoga kita menjadi isteri yang solehah.. inshaa Allah aamin..

Moga jadi iktibar buat semua, terutama mereka yang bergelar isteri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails