Mutiara Kata

Sunday, April 16, 2017

Layakkah Kita Bergelar Ketua keluarga Dan Ahli Fisabillah

Layakkah kita bergelar ketua keluarga dan ahli Fisabillah sekiranya kita tidak memgambil perhatian tentang perkara2 ini:

1. Mengabaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita dari segi nafkah dan didikan agama dan tidak pernah menjadi imam kepada ahli keluarga kita.

2. Tidak langsung pernah bersolat atau mengabai solat dan tidak pernah mempelajari ilmu fardu ain serta tidak memahami & melaksanakan bait-bait ayat yang diucapkan dalam bai'ah kita sendiri.

3. Tidak pernah bersolat jemaah dalam Qariah sendiri baik solat 5 waktu dan solat jumaat,hanya berkopiah apabila pergi ke majlis-majlis dan bertandang ke rumah-rumah sahabat sahaja.

4. Tidak amanah tugas dengan tanggungjawab serta pecah amanah baik dari segi janji dan dari segi kewangan.

5. Sering memfitnah dan mereka2 keburukan seseorang apabila tidak menyukai seseorang itu.

6. Sering memungkiri janji dari segi percakapan janji dan berhutang wang ringgit tapi lari dari membayar hutang itu.

7. Jahil dalam pengetahuan asas agama sehingga tidak tahu lansung dan faham apa yang disebutkan dalam bacaan solat dan ada yang tidak tahu membaca doa qunut.

8. Hanya pentingkan jawatan dan pangkat yang sering dicanang ke sana sini tetapi tidak tahu akan tanggungjawab yang dipikul dan hanya mementingkan watikah dan perlantikan yang diberikan yang diusung kesana sini untuk diperlihatkan kepada orang untuk mengesahkan akan jawatannya itu.

9. Bercakap lalu ia berdusta.

10. Tidak menyampaikan amanah yang diberikan kepada sesama saudara islam...,mulut berkata amal maqruf nahi mungkar tetapi perbuatan dan amalannya amal mungkar nahi maqruf...

MUHASABAH DIRI...

Sunnah Waljamaah

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails