Mutiara Kata

Thursday, March 09, 2017

KISAH RAMALAN TOK KENALI KE ATAS BUMI MELAYU

Sebelum baca sila hadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Tok Kenali Rahimahullahutaala .. semoga bermanfaat.

Pada suatu hari, di kala Tok Kenali sedang mengajar di hadapan ramai murid-muridnya, tiba-tiba beliau dibukakan tirai untuk bercakap mengenai masa depan Kelantan khususnya.

Beliau berkata dengan serius:

"Siapa panjang umur boleh tengok;

➡ Bumi ini akan menjadi rata, pasir akan terkambus; (Banyak bangunan akan dibina terutama di lokasi-lokasi strategik dan jalan-jalan baru dibuka)

➡ Negeri Kelantan menjadi negeri yang maju

Tok Kenali pernah berkata: “ Kampung kenali akan menjadi bandar yang luas, dan anak cucu orang kampung ini ramai yang menjadi orang yang besar-besar”.

Kata-kata ini memang terbukti dimana sekarang, Kenali atau Kubang Kerian telah berubah wajah sama sekali.

Ramai anak cucu kawasan ini dan negeri Kelantan amnya, yang berjaya dan memainkan peranan yang penting dalam bidang masing-masing seperti bidang ilmu, agama, politik, ahli perniagaan yang berjaya dan lain-lain.

Tok Kenali pernah memberi amaran tentang akan berlakunya banjir besar di Kelantan. Beliau berkata, ”Aku ada alamat akan berlaku bah besar. Kerana itu bersiap-sedialah!”. Kira-kira sebulan selepas itu, berlakulah bah besar yang besar yang terkenal dalam sejarah Kelantan dengan sebutan Bah Air Merah (Disember, 1926)

➡ Rumah akan banyak dibina;

➡ Manusia akan berjalan dengan terbang;
*** Menaiki kapal terbang tidaklah sesuatu yang pelik

➡ Manusia akan berjalan dengan punggung;
*** Banyak kereta di jalan-jalan

➡ Manusia akan tidur dan makan dekat jamban tahi (tandas); (Tandas dibuat di dalam rumah, sedangkan pada masa dahulu, tandas berada di luar rumah kerana tandas adalah rumah syaitan -(HR. Bukhari).)

➡ Ilmu akan berkembang sehingga ke kedai kopi;
*** Perkembangan ilmu yang pesat sehingga ada pelbagai jenama suratkhabar, televisyen, internet dan lain-lain alat media massa ..

➡ Orang lebai akan banyak
*** makin ramai yang pandai agama

➡ Orang cerdik akan bertambah, Orang pandai pun akan ramai;
*** ramai yang berkelulusan tinggi dalam akademik

➡ Semuanya mudah dilihat”.

➡ Di tahun-tahun akhir hayatnya, Tok kenali pernah memberitahu murid-muridnya bahawa

" .. akan tiba suatu masa nanti si mata sepet (cina) akan menjajah Kelantan dan seluruh Semenanjung tanah Melayu. "

*** Cina membeli tanah-tanah milik Melayu & menjerat Melayu dengan hutang-hutang ceti Ah Long, melalui helah politik dan pelbagai cara.

Apa itu kasyaf?

"Dapat mengetahui apa yang berlaku disebalik hijab daripada perkara yang ghaib dan tidak diketahui oleh orang lain hakikat sebenar perkara tersebut”.

Mengikut Imam Al-Kusyairi “Kasyaf dari segi bahasa ialah terangkatnya hijab”.

Kasyaf merupakan suatu perkara yang tidak boleh dinafikan didalam Islam, ini berdasarkan dalil daripada apa yang berlaku kepada Rasulullah SAW., para sahabat, salafussalih dan sebagainya. Ulama Ahlussunnah Wal Jamaah sepakat bahawa kasyaf memang wujud dan ia merupakan anugerah daripada Allah Taala kepada hambanya yang terpilih. Mengikut setengah pendapat bahawa kasyaf juga berlaku kepada orang kafir. Kasyaf berlaku samada semasa jaga ataupun tidur. Semasa tidur dinamakan rukyah assadiqah dan semasa jaga dianamakan ilham.

Di dalam al-Quran terdapat ayat tentang ilham yang diberikan kepada manusia. Firman Allah SWT : "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa" (Surah Asy-Syams ayat 7-8)

Kasyaf kepada wali Allah ini
Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah SWT kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni.

Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”.

Petikan dari blog
http://kisahwalimelayu.blogspot.my/?m=1

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails