Mutiara Kata

Friday, February 17, 2017

Khutbah Jumaat

Intisari Qhutbah Jumaat JDT Hari Ini

Tarikh:   17 Februari 2017
               20 Jamadil Awwal 1438

Tajuk: 
DIMANAKAH IKHLAS KU

1. Firman Allah surah al-Isra'/18-19 bermaksud: "Sesiapa yang menghendaki kesenangan hidup di dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia... kemudian Kami sediakan baginya neraka jahanam... dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal2 yang baik sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya diberi pahala akan amal usahanya".

2. Peringatan Nabi SAW bermaksud: "yang sangat aku khuatirkan kamu ialah syirik yang terkecil iaitu riyak... pada hari pembalasan Allah perintah supaya berjumpa dengan ornag yang kamu dulu beramal kerana mereka di dunia... kalau2 kamu boleh mendapatkan kebaikan dari mereka".

3. Riyak - menunjuk2 dalam beramal; untuk dilihat orang; mengharapkn pujian; beramal bukan kerana Allah; Allah batalkan semua amal perbuatan kerana tidak ikhlas.

4. Orang riyak - umpama orang pergi ke pasar lalu di penuhkan bakulnya dengan batu hingga orang yang melihatnya merasa kagum tetapi tiada apa2 manfaat baginya kecuali pujian dari orang ramai.

5. Sabda Nabi SAW bermaksud: "Pada hari qiamat Allah akan menghukum di antara semua makhluk termasuk orang yang membaca Al-Qur'an yang ingin di sebut qari; orang kaya yang ingin di sebut dermawan; orang mati berjihad fisabilillah yang ingin di sebut pahlawan".
HR: Abu Hurairah RA.

6. Firman Allah surah Hud/15-16 bermaksud: "Sesiapa yang keadaan usahanya semata mata berkehendak kehidupan dunia dan perhiasannya, maka kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia... merekalah orang2 yang tidak ada baginya pada hari akhirat selain dpd azab neraka....".

7. Menurut Saidina Ali b Abi Tholib, orang riyak - malas jika bersendirian; rajin jika di hadapan orang; menambah2 amalnya jika dipuji orang; berkurang amalnya jika dicela orang.

8. Saranan Nabi SAW bermaksud: "siapa yang memberi contoh kebaikan maka ia mendapat pahala dan pahala orang2 yang meniru perbuatannya hingga hari qiamat dan begitu sebaliknya kepada siapa yang memberi contoh kejahatan".

9. Firman Allah surah an-Nisa'/145 bermaksud: "Sesungguhnya orang2 munafik itu di tempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari lapisan2 neraka dan engkau tidak sekali2 akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka".

باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails