Mutiara Kata

Saturday, November 19, 2016

MENGAPA YAHUDI TAJA HIMPUNAN BERSIH?

Pelik kenapa sebahagian orang muslim di Malaysia langsung tidak merasa apa-apa dengan pendedahan pengerusi Bersih, Maria Chin. Dia mengakui bahawa Bersih telah menerima dana dari penyangak matawang berketurunan Yahudi, George Soros melalui pertubuhan kelolaaannya, Open Society Institute. Bukankah al-Quran menyatakan Yahudi adalah musuh umat Islam akhir zaman? Bukankah Nabi menyatakan Yahudi itu dipimpin Dajjal, dan umat Islam akan memerangi mereka sebelum berlaku kiamat? Adakah mereka ingin menjadi sebahagian tentera Dajjal?

Saya tidak bercadang mengupas tentang Yahudi dari Fiqh Akhir Zaman. Namun mengenai keterlibatan Soros dalam organisasi Bersih sendiri, banyak persoalan yang perlu dijawab. Kenapa Soros mendanai Bersih? Apa kaitan Bersih dengan gerakan antarabangsa?

Terlebih dahulu kita perlu mengenali siapa Soros. Beliau adalah rakyat berketurunan Hungary-Amerika. Keluarganya berketurunan Yahudi namun kini dipercayai menganut kepercayaan anti-semitik. Seoramg billionaire yang terkenal sebagai spekulator matawang. Digelar oleh media Britain sebagai "The Man Who Broke the Bank of England" kerana pernah meletakkan Britain dalam krisis ekonomi kerana permainan spekulasi matawang poundsterling. Tun M menggelarkan sebagai penyangak matawang kerana mendakwa beliaulah punca krisis inflasi negara akhir 90an dahulu. Selain itu terdapat negara lain yang turut terkesan dengan permainannya liciknya seperti Indonesia dan beberapa negara yang sebelum ini berideologi sosialis di Eropah.

Beliau juga terkenal sebagai pendokong kuat ideologi Liberalisme dan Kapitalisme. Menggunakan institusi Open Society, beliau mendanai berbagai pihak di berbagai negara untuk membawa perjuangan ideologinya. Bahkan parti Republican mendakwa beliau turut terlibat mendanai demokrat di berbagai wilayah. Beliau juga dipercayai mendanai protes rakyat Amerika menentang pemilihan Donald Trump dan akan terus mengganggu pentadbiran mereka pasca pilihanraya Presiden.

Kenapa Soros begitu aktif campurtangan dalam berbagai perkara? Perkara ini terlalu panjang untuk dikupas. Tetapi secara ringkas, ia memiliki kaitan yang sangat rapat dengan agenda globalisasi ke arah New World Order. Gagasan NWO adalah idea untuk menguasai dunia di bawah satu order sahaja iaitu Zlzionis. Antara langkah yang pernah diambil adalah menaja gerakan penjajahan dan pertubuhan zionis melalui institusi milik Jacob Rotschild dan beberapa key player globalisasi lain.

Perlu diketahui bahawa Soros merupakan anak didik Jacob Rostchild yang paling berjaya selain anak-anaknya sendiri, Henry Kissinger dan David Rockefeller. Kini, Amerika menjadi proksi utama yahudi dalam meneruskan agenda NWO. Namun dengan perkembangan terbaru pasca pilihanraya Amerika, nampaknya mereka akan mengorak langkah kontegensi.

Pasca era kolonial, langkah NWO adalah dengan memastikan pemerintahan negara-negara dunia mengikut telunjuk Yahudi. Senjata utamanya adalah ekonomi. Gangguan Soros di Britain ekoran sikap Eropah menubuhkan European Union (EU) dan memperkenalkan matawang Euro bagi menyaingi hegemoni Amerika dan Dollar. Pasca krisis matawang Black Wednesday 1992, EU seolah diikat dengan ekonomi Amerika. Soros turut berjaya mengubah dasar negara-negara Eropah Timur daripada sosialisme kepada liberalisme.

Tun M sebelum ini terkenal dengan pemimpin berhaluan kiri yang mirip kepada ideologi sosialis. Selepas krisis inflasi yang didalangi Soros, dasar ekonomi negara mula berubah. Kebobrokan Soros berleluasa hingga ke negara bekas Soviet Union, Rusia. Namun Rusia berjaya mematahkan permainan Soros dengan menghalau beberapa institusi yang berkaitan dengan Soros dan Rockefeller baru-baru ini.

Nyata Soros bukanlah pihak yang boleh dibuat kawan. Apabila beliau diakui mendanai Bersih, pasti ada batu di sebalik udang. Sekiranya kita menelaah buku Confessions of an Economic Hitman karya James Perkins, beliau menyatakan kaedah Amerika menguasai ekonomi negara melalui tiga lapis penyerang. Lapisan pertama digelar economic hitman, terdiri dari pakar-pakar perunding untuk mempengaruhi pemerintah negara menerima dana daripada Amerika untuk projek-projek mega. Sekiranya pemerintah ini membantah, maka mereka akan menggunakan lapis kedua yang lebih ekstrim bergelar 'serigala'. Kumpulan ini bertindak menghapuskan pemerintah negara yang membantah atau mengganggu perancangan hitman. Kawanan serigala ini sudah wujud di dalam negara-negara sasaran, menunggu arahan sahaja untuk bertindak dengan apa jua cara daripada pembunuhan karektor hinggalah pembunuhan nyawa. Lapis ketiga adalah yang paling berbahaya kerana melibatkan tindakan ketenteraan.

Sukar untuk dinyatakan contoh-contoh kes dalam tulisan ringkas ini. Namun bokeh dikaji dengan sejarah-sejarah krisis pemerintahan yang pernah berlaku di Ecuador, Iran, Iraq, Panama dan juga Libya. Lihat bagaimana sikap pemerintah negara-negara ini terhadap dasar liberalisasi sehingga berlaku pembunuhan dan peperangan.

Polisi ekonomi kerajaan Malaysia hari ini memang tidak selari dengan Amerika. Walaupun parlimen bersetuju dengan TPPA, hubungan Malaysia dengan rantaian negara BRICS masih lagi kukuh. Berbagai kerjasama ekonomi yang semakin kukuh antara Malaysia dan Rusia, Iran, India dan China. Terbaru, Malaysia bersetuju menerima dana dari China untuk projek mega ECRL. Dalam keadaan China semakin laju memintas Amerika dalam membina empayar ekonominya, sudah tentu Amerika tidak mahu satu lagi negara Asia Tenggara terlepas seperti Filipina.

Untuk menjamin penguasaan zionis terhadap Malaysia, pemerintah hari ini perlu ditukar setelah gagal dipengaruhi. Bermodalkan rekod-rekod salah laku kerajaan yang boleh mencetuskan kemarahan rakyat, maka Soros mendanai gerakan Bersih yang dilihat mampu memudahkan kerja economic hitman. Inilah cara yang pernah digunakan kepada Young Turks dan orang arab sehingga mengguling khilafah Uthmaniyah. Inilah juga cara yang cuba dilakukan terhadap Turki melalui Gulen. Dan inilah juga cara yang sedang digunakan atas nama menentang kezaliman Bashar Asad.

Jangan pelik kalau Tun M yang pernah mengkritik Soros pun menyokong Bersih kali ini. Beliau terdesak untuk menyelamatkan kroninya yang semakin disisih Najib. Walaupun Tun M dulu pernah mendedahkan bahawa Anwar adalah calon PM harapan Soros, dan beliau sendiri yang mendedahkan Bersih adalah agenda Soros, kini semua itu tidak dipedulikannya selagi Najib, seteru yang dulu sekutunya tidak jatuh. Ironinya, Marina Mahathir pula memberi pujian melambung kepada Soros.

Pada amatan saya, sekiranya Bersih mampu mengumpul sejumlah demonstran yang cukup, kemungkinan besar huru-hara akan tercetus. Bersih 4 mereka gagal kerana PAS tidak mahu bersama. Mereka cuba tarik Mahathir tetapi dia juga membayangkan tidak hadir. Mereka masih berusaha memujuk, melutut, mengugut dan mencabar PAS untuk serta tetapi Alhamdulillah, PAS lebih dahulu menghidu gerakan sulit ini.

Boleh jadi himpunan merah juga ada kaitan dengan agenda ini bagi mewujudkan keadaan di mana penyerang lapis dua dan tiga seperti yang didakwa Perkin boleh berperanan. Melihat kenyataan tokoh-tokoh pro-Bersih dan juga framing media mereka, ia menggambarkan bahawa memang mereka berhasrat mencetuskan ketegangan. Oh ya, melalui pendedahan DC leaks, Merdeka Center dan Malaysiakini turut menerima dana Soros selain Bersih.

Harapan perlu diletakkan kepada pihak keselamatan negara untuk mengawal himpunan ini dari berlaku perkara yang tidak diingini. Selain itu diharapkan agar para demonstran berfikir lebih panjang sebelum menyertai himpunan esok. Marah kepada kerajaan itu satu bab, namun bertindak mengikut telunjuk Yahudi kerana emosi marah itu adalah sangat bodoh untuk diterima akal. Bukan salah untuk marah, tapi marahlah secara matang. Jangan biarkan marah kita diekploitasi 'serigala' upahan.

Suhu politik dunia sangat mencemaskan kini. Order Dunia Baru banyak terganggu. Tidak mustahil arahan-arahan terdesak dari 'kuasa-kuasa ghaib' akan berlaku esok. Kenapa tidak? Sebesar negara Amerika pun Soros mampu huru-harakan.

Hanya ada satu kekuatan yang boleh menghindarkan perancangan buruk ini. Kekuatan itu sudah sekian lama wujud dalam diri kebanyakan rakyat negara ini, malangnya tidak digunakan sebegitu rapi. Kekuatan yang tidak ada boleh menandingi. Kekuatan itu adalah akidah Islam.

Lalu bangkitlah atas nama kesedaran Islam. Bertindaklah mengikut cara Islam. Berjuanglah untuk Islam. Bukan atas dasar marah atau kecewa. Bukan untuk sesiapa bukan untuk diri sendiri. Pasti bantuan Allah akan menyusuli.

Firman Allah SWT:
وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Dan pasti Allah akan menolong sesiapa yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
[Al-Hajj:40]

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails