Mutiara Kata

Saturday, June 25, 2016

ALAN (Artificial Light at Night)

1.  Secara kebetulan saya terjumpa satu tulisan berkenaan dengan kesan cahaya buatan manusia di malam hari.  Lampu jalan, lampu pagar, lampu rumah, dan sebagainya.  Bagi kebanyakan kita, ia adalah keperluan untuk kemudahan perjalanan dan juga keselamatan tempat kediaman.

2.  Namun, berasaskan kajian terbaru, tidur dengan bercahayakan lampu memberi kesan kepada pengeluaran hormon dalam badan kita.  Analisis peta cahaya malam dunia menunjukkan ada korelasi dengan fenomena kegemukan penduduk di negara yang terlibat.

3.  Penggunaan lampu LED (cahaya keputihan) juga mempunyai kesan negatif yang lebih serius kepada mata kita berbanding lampu biasa (cahaya kekuningan).

4.  Bagi orang Islam terdapat satu hadith sahih yang menyuruh kita memadamkan lampu/api sebelum tidur.  Walaupun konteks zaman nabi ialah untuk mengelakkan kebakaran, ia juga ada pengajaran tersirat yang hanya dapat dikenal pasti lebih 1,400 tahun kemudian.

5.  Bagi sesiapa yang berminat boleh cari ALAN menggunakan google.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails