Mutiara Kata

Wednesday, April 20, 2016

Derma Lagi

Isu asas telah dilupakan

1.  Setiap hari kita dipaparkan dengan kesah 1MDB dan Derma.  Ahli politik menggunakan isu ini untuk bertelagah dengan pihak lawan.  Kita merasa jemu dan mual dengan hal ini yang tidak diketahui bila kesudahannya.

2.  Isu sebenar sudah dilupa.  Kisah DSN (seorang penjawat awam) menerima derma melalui akaun peribadi secara rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa.  Kalau derma untuk kerajaan, Jemaah Menteri perlu tahu.  Kalau derma untuk UMNO, Majlis Tertinggi UMNO perlu tahu.  Tetapi tiada siapa yang tahu sebelum ia didedahkan.  Dalam proses, ramai individu kehilangan jawatan dalam kerajaan dan ada ahli UMNO yang dipecat.

3.  Mengikut Akta Pencegahan Rasuah, derma, sagu hati atau hadiah perlu dilaporkan.  Jika gagal, seseorang itu telah melanggar peruntukan Akta dan perlu didakwa dan dibicarakan.  Kalau tidak, negara kita sebenarkan tidak menghormati undang-undang.

4.  Isu dari mana derma datang, bagaimana ia digunakan adalah persoalan kedua dan boleh terjawab semasa perbicaraan.

5.  Kita sedang membuang masa dan tenaga memburu penderma dan cuba mengaitkannya dengan 1MDB dan wang rakyat.  Ini adalah perkara rumit dan akan mengambil masa untuk diselesaikan. Ahli politik menggunakan isu ini untuk cuba menjadi jaguh.

6.  Isu derma telah dipolitikkan secara bijak oleh DSN dengan mengatakan bahawa sebarang usaha untuk menghukum beliau adalah usaha untuk menjatuhkan UMNO/BN/Kerajaan.  Walhal, perkara sebenarnya ialah hal peribadi beliau.  Namun demikian, bila sebilangan orang UMNO cuba mempertahankannya, mereka sebenarnya bersekongkol dan bersubahat untuk tidak menghormati undang-undang.

7.  Jalan penyelesaian terbaik ialah dengan membiarkan undang-undang Pencegahan Rasuah dilaksanakan secara adil.  Yang sahih, wang telah diterima melalui akaun peribadi secara rahsia.  Kes inilah yang perlu dirungkaikan segera dalam mahkamah terbuka.  Kita belum tahu siapa sebenarnya yang bersalah sebelum dibicarakan.  Mungkin DSN boleh bersihkan diri melalui perbicaraan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails