Al - Attas menjawab bahawa kesalahan dalam kepimpinan adalah kekeliruan dan kesilapan persepsi keilmuan.
Kekeliruan dan kesilapan persepsi keilmuan yang wujud di setiap peringkat kepimpinan ini hanya akan berfungsi sebagai suatu kondisi yang akan terus 'menimbulkan dan mengekalkan' lingkaran kesalahan yang ada - secara langsung memberikan peluang untuk mereka terus menguasai pemikiran masyarakat yang sudah sememangnya berada dalam kekeliruan.
Berpegang pada dimensi kedudukan dan kekuasaan, pemimpin sebegini akan terus memastikan pelaksanaan sebuah sistem pendidikan yang tidak lagi bertujuan untuk mencerahkan jiwa dan fikiran masyarakat malah sebaliknya membuat umat (pengguna pendidikan) untuk terus sibuk mencari "KENIKMATAN , KEBENDAAN dan KEPUASAN PSIKOLOGIS"
Aspek - aspek etika dan agama tertentu sahaja akan diturutsertakan dalam sistem pendidikan ini, tetapi kedua - dua diterjemahkan dalam pengertian yang terancang agar berpaksikan kejayaan yang lebih tinggi dalam bidang "material dan kesenangan".
Kitaran ini akan terus melatih dan memilih orang yang bermoral rendah dan keliru secara intelek untuk menjadi pemimpin masyarakat di pelbagai sektor.
Punca : Kekeliruan dan kita semua adalah sebahagian daripada kekeliruan tersebut dan bukan sekadar kesalahan pemimpin.
Solusi : Bukan di (A) mahupun (C) tapi (B), yakni ; adab. Adab terhadap ilmu dan sifat keilmuaan. Punca adab yang paling jelas adalah agama / praktis agama. Maka yang diperlukan bagi pembetulan permasalahan ini adalah penghayatan / pembentulan pemahaman terhadap prisip keilmuaan yang diketengahkan oleh agama masing - masing dengan keyakinan agama itu adalah kebenaran.
Rujukan : Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Profesor Dr. Syed M. Naquib Al - Attas.

No comments:
Post a Comment