Mutiara Kata

Friday, March 25, 2016

POLIS...

Sekali kalau dah masuk dalam keluarga Polis maka selama2nya akan lekat kekal gelaran Polis tu pd diri setiap warganya sama ada gelaran tu berbunyi:
Polis baru
polis lama
polis baik
polis jahat
polis garang
polis pencen
bekas polis
polis kena buang kerja dan lain2 lagi.

Manakala ahli keluarga polis pulak juga akan dapat gelaran seperti:
Awek polis
Bini polis
janda polis
bapak polis
anak polis
cucu polis

Bukan itu sahaja benda2 lain juga akan dikaitkan dengan polis seperti:
Kereta polis
Lori polis
Van polis
Berek polis
Balai polis
Motor polis
baju polis
kasut polis

Tak kurang juga yang:
Menyamar jadi polis
Jadi Buruan polis
Ditangkap polis
Ditembak polis

Carutan dan makian pun dah lekat dgn nama polis seperti:
Polis babi
polis bodoh
haram jadah polis
polis makan rasuah
polis zalim
polis anjing
anjing polis
hantu polis (hantu pun kena juga)

dan banyak lagilah kalau nak dikaitkan dengan polis...

Cuma yang jarang sangat didengar adalah perkataan:
KESIAN POLIS
SAYANG POLIS
HEBAT POLIS
TERIMA KASIH BANYAK POLIS
KITA BENAR2 PERLUKAN POLIS
NAIKKAN GAJI POLIS

Kami juga dambakan doa2 yg berbunyi
YA ALLAH SEMOGA ENGKAU MEMELIHARA DAN MEMBERKATI SEMUA ANGGOTA POLIS DAN KELUARGA MEREKA SERTA SELURUH JABATAN MEREKA.

Tapi yang pasti kita dengar setiap tahun adalah sambutan
ULANGTAHUN HARI POLIS...

Saya juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE 209

Kepada semua rakan seperjuangan yang masih berkhidmat saya ucapkan Terima kasih kerana tetap setia berkhidmat dan berbakti dan semoga tabah Dalam menghadapi segala ujian dan kesusahan.

Kepada yang dah meninggalkan pasukan,.
saya ucapkan Kenanglah perjuangan semalam dengan rasa syukur dan berbanggalah dengannya kerana pernah berada didalam sebahagian lipatan sejarah PDRM yang panjang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails