Sekitar 1300 tak ada kerajaan bangsa Turki di belahan Asia Tenggara nun hingga ke China. Ya amat tricky, kalau kita faham betul-betul sebenarnya Ibnu Battutah apabila menceritakan mengenai Kailukari, Tawalisi dan Urduja sedang merujuk kepada bangsa Mongol atau bangsa yang mempunyai pengaruh atau terlazim dengan budaya Mongol.
Masalahnya Kailukari bukan India mahupun China, maka ia harus sebuah kerajaan Asia Tenggara yang dipengaruhi Dinasti Yuan khasnya pada era cucu Kubilai Khaan yakni Toghon Temuur dan Kailukari khabarnya memiliki aktiviti perkapalan yang setaraf China.
Toghon Temuur pula merupakan pemerintah Kota Larangan Dadu(Beijing) yang paling aktif mengirim misi diplomasi ke Jawa, Champa, Siam, Kemboja, Burma dan Vietnam dalam usaha meneruskan legasi Kubilai Khan yang lebih agresif dan subversif.
Satu perkara yang mungkin ialah usaha Maharaja Chakravartin Yuan untuk mempertaut millah Buddhisme dan chakravartin-chakravartin di Asia Tenggara khasnya pewaris Srivijaya. Istana Yuan amat dipengaruhi Buddhisme Tibet dan kita maklum bahawa mazhab di Tibet itu tiba melalui peranan Dipankara Atisa yang mengaji dari akademi Srivijaya! Tidak pelik apabila puluhan pendeta Tibet di Dadu dan Karakorum yang berada di samping Khan Agung menasihatkan baginda untuk menjejak legitimasi politik kosmologi Buddhisme dengan kerajaan-kerajaan Asia Tenggara.
Amat pelik apabila Yuan agak kurang dihubungkan dengan negeri-negeri Melayu waris Srivijaya mungkin akibat zaman peralihan dari Melayu Jambi ke Majapahit atau ada rekod yang masih belum sampai kepada kita.
Bagi sesiapa yang biasa menonton drama bersiri K-Pop "Maharani Ki" mesti terkejut bahawa dinasti Korea dan dinasti Melayu Asia Tenggara memiliki kekerabatan melalui kontak di dalam istana Yuan. Yuan adalah dunia pada waktu itu, pusat pertembungan segala budaya dan agama. Kubilai Khan melalui jalur Chingin Temuur memiliki garis keturunan yang kuat dengan nama Buddhisme Tibet seperti Kammala, Ayurbarvada dan Dewabala menurunkan sekelian maharaja maharaja Yuan sehingga era Tugh Temur yang digulingkan Zhu Di pendiri Dinasti Ming.
Berkenaan anak Citram Syah yang berkahwin dengan raja China pada era Yuan boleh jadi dia tidak muncul dalam rekod utama kerana menjadi isteri bawahan atau isteri raja bawahan Mongol. Apapun Chuulan atau Khuulan yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai anak raja Cina 'Culan' yang dikahwinkan dengan anak Raja Suran hasil perkahwinan dengan puteri Langgiu merupakan nama yang agak susah untuk dikenalpasti. Bukan kerana ia tidak wujud tetapi ia adalah nama bangsawan yang popular bagi orang Mongol! Cuma agak mengelirukan kerana Raja Culan ini kita mahu letak pada zaman Song atau Yuan.
Di Sumatera dan Jawa kita boleh memahami bahawa kebangkitan Majapahit berlaku apabila Majapahit menuntut legitimasi politik melalui perkahwinan pendiri Majapahit dengan puteri kerajaan Melayu-Jambi, waris Srivijaya.
Semua ini sekali lagi adalah klu-klu yang sejalan dengan Sulalatus Salatin.
"Maka berhubunglah Benua Keling dengan Benua Jawa dan Benua China"
-Tuan Merbok II

No comments:
Post a Comment