1. Tahun 85 DrM mula abaikan ekonomi pertanian utk fokuskan kepada dasar ekonomi baru perindustrian.
2. Maka Proton pun ditubuhkan. Walaupun takde pengalaman, dibuat usahasama dgn firma Jepun yg keji dan tamak.
3. Firma Jepun tersebut hanya melambakkan teknologi yang sudah expired kedalam Proton. Firma Jepun tu sebenarnya tak minat nak bantu Malaysia pun. Banyak halangan dibuat terpaksa Malaysia menadah simpati teknologi ke UK...
4. Untuk jual proton, maka dasar automotif negara diubah 360 darjah. Sekelip mata kereta import semua dinaikkan harga berkali ganda supaya Proton nampak murah dan mudah dijual. Itupun masih gagal berdikari setelah sekian lama 30tahun ditubuhkan...
5. Perwaja pun ditubuhkan untuk supply komponen sokongan Proton ni. Walaubagaimanapun akibat salah tadbir sudah pun lingkup dan kini dimiliki firma China.
6. Kilang tumbuh mcm cendawan di Malaysia sejak 80an. Nampak macam bagus tetapi sebenarnya tidak. Untuk kawal kos industri, dibenarkan bawak masuk pekerja asing.
7. Kerugian sebenar negara dari pengeluaran duit yg dibawak pekerja asing yg makin meningkat dari tahun ke tahun. Kerugian lain skill dan kemahiran dikuasai org asing. Rakyat tempatan disogokkan mentaliti kerja buruh kilang kerja murahan hanya sesuai untuk pendatang asing.
8. Mentaliti serupa merebak pada industri lain spt sektor pembinaan dan perladangan. Padahal semenjak zaman berzaman org melayu dah biasa bina bangunan rumah facilities tanpa masalah. Contoh pembinaan hiway infras zaman Tun Razak dulu. Semuanya usaha rakyat tempatan. Tiada buruh asing digunakan.
9. Sama juga sektor pertanian dan ladang. Orang melayu dah lama kuasai sektor ni. Tapi merosot selepas pertanian diabaikan utk fokus industri kilang. Kini 80% tenaga kerja buruh asing digunakan...
10. Pada tahun 70an sumber beras negara datang 70% dari sawah tempatan. Kini dah jahanam. Sejak DrM jadi PM sampai Najib kini, 70% kuota beras negara diimport dari luar. Food Security mmg dalam bencana besar...
11. Sawah padi Perlis dan Kedah dah banyak hilang. Perumahan baru naik sana sini. Mungkin pemimpin My ingat masa depan rakyat boleh makan batu bata...
12. Apa dah jadi pada proton sekarang ni? masalah tiada selesai. Satu demi satu. Jika proton tak dibina harga kereta Malaysia masih kekal munasabah. Duit loan kereta tak perlu mencengkap 9 tahun. Penjimatan boleh digunakan utk tampung kos beli rumah contohnya...
13. Dasar perindustrian menyebabkan sektor pertanian yg menjadi tunjang ekonomi negara masa zaman Tun Razak kini dikuasai oleh negara Tahiland dan Taiwan. Padahal dua negara ni dok hantar saintis belajar di Malaysia 60-70an dulu kerana teknologi pertanian Malaysia dan R&D world class. Kini tidak lagi...
14. Kini kilang dan teknologi China yg berkembang pesat melemahkan sektor industri Malaysia. Eksport Industri Malaysia merosot teruk sejak sedekad lepas. Malaysia bukan tandingan China... semakin banyak firma luar menutup kilang Malaysia dan buka di Vietnam dan China akibat kos lebih rendah...
15. Kini kerajaan Malaysia terpaksa kembali semula kepada perniagaan pertanian. Terpaksa mula semula dari bawah...
16. Dasar Perindustrian Negara mula menampakkan kegagalan.
17. Sekarang se mua ambil jalan mudah beli dari China instead develop di Malaysia sendiri. Lambat laut tech wise Malaysia pun hilang dan tech wise China bertambah pesat.
18. Analogi mudah kegagalan Dasar Industri DrM serupa macam bangunan KLCC tu. Dari jauh nampak megah. Dibina dari wang dana Petronas. Tapi bila dah siap, bagi orang asing pegang. Yg bukak kedai dalam tu majoriti owner asing bukan orang Melayu. Yang shopping dan lepak lepak ramai org Melayu. Yg dapat hasil bisnes org luar. Berapa kerat org melayu berpeluang berbisnes dalam KLCC?... Apa benefit org melayu dapat selain dok canang bangga tak bertempat? Kebanggaan palsu buat apa...

No comments:
Post a Comment