Mutiara Kata

Wednesday, January 27, 2016

Ke Mana Perginya Malaysia (Quo Vadis Malaysia)

TERBAHARU dari blog Che Det, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, 27 Januari 2016
Versi BM

Ke Mana Perginya Malaysia (Quo Vadis Malaysia)

1. Di Malaysia Peguam Negara memilih sama ada undang-undang telah dirobek ataupun tidak. Keputusan itu sebenarnya suatu penghakiman. Peguam Negara menjadi hakim dan juga pendakwa. Ini dengan sendirinya menjadi suatu ketidakadilan.

2. Saya mengakui tidak terkejut apabila Peguam Negara memutuskan bahawa laporan SPRM tidak membuktikan Perdana Menteri telah melakukan jenayah apabila wang 2.6bilion Ringgit telah dijumpai di dalam akaun peribadi atau jumlah 42juta Ringgit juga berada di dalam akaun Najib. Saya telahpun menyatakan sebelum ini, itulah yang akan menjadi keputusan beliau.

3. Dengan hanya memiliki jumlah wang sebesar itu di dalam akaun sudahpun menjadi salah walaupun bukan jenayah. Tetapi sekarang Peguam Negara mengisytiharkan wang tersebut adalah pemberian daripada Saudi.

4. Ini seolah-olah ada surat daripada Saudi menyatakan sejumlah US$ 681juta atau RM2.08 bilion adalah derma kepada PM sebagai sumbangannya memerangi pengganas Islam. Siapa orang Arab ini? Bagaimana beliau boleh ada jumlah wang yang begitu besar untuk diberikan? Apakah jenis perniagaannya? Apakah jenis bank beliau? Bagaimana wang ini dikirim? Apa dokumen yang membuktikannya? Hanya sepucuk surat daripada si mati atau orang yang entah siapa sudah mencukupi buat Peguam Negara.

5. Kemudian beliau nyatakan baki wang US$620 juta atau RM2.03 bilion telah dipulang semula kepada Saudi. Bagaimana dan bila ini dilakukan? Kita diberitahu baki wang tersebut telah dibekukan di Singapura. Bolehkah Singapura jelaskan pencairan dan pemulangan semula kepada Saudi? Atau apakah Singapura juga percaya tentang cerita pemberian percuma, surat dan perakuan Saudi.

6. Singapura merupakan pusat kewangan. Apakah Singapura sangat mudah tertipu?

7. Kemudian Peguam Negara merumuskan bahawa tidak ada kes untuk dijawab oleh Najib. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes dan menghentikan segala siasatan.

8. Saya fikir SPRM ialah badan yang bebas. Sekarang seolah-olah menjadi orang bawahan kepada Peguam Negara dan menuruti arahan dari Peguam Negara. Tidak hairanlah apabila Malaysia termasuk di antara 10 negara yang paling rasuah di dunia. Agensi Pencegahan Rasuah tidak bebas.

9. Jangkaan saya tepat apabila Peguam Negara bakal menolak laporan SPRM sepertimana yang dilakukan ke atas laporan Bank Negara.

10. Ramai orang perlu tahu isi kandungan kedua-dua laporan tersebut. Tetapi mereka semua telah melihat apa yang akan berlaku apabila seseorang telah melaporkan hal ini kepada polis. Mereka ditakutkan.

11. Saya juga takut. Di Malaysia hari ini, undang-undang dan peraturan tidak lagi melindungi rakyat. OSA sebagai contoh digunakan untuk mencegah laporan daripada sampai kepada pengetahuan rakyat. Dalam erti kata lain rakyat kini terdedah kepada salah guna OSA dan mereka bakal dipenjara. ISA pun tidaklah menakutkan rakyat sebegitu rupa.

12. Ke mana perginya Malaysia.

http://chedet.cc/?p=1975

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails