Mutiara Kata

Saturday, January 02, 2016

Encik Zulkifli dan Standard Operation Procedure (SOP)

Anggaplah penulisan ini tidak lebih hanya sekadar menyampaikan apa yang saya tahu, sekurang-kurangnya kelak apabila disoal, saya terlepas kerana telah menyampaikan apa yang saya tahu kepada mereka yang tidak tahu. Agak panjang tetapi saya rasakan ianya penting.

Kes yang melibatkan Encik Zulkifli yang dilaporkan telah membunuh kerana mempertahankan hak diri dan harta bendanya disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Ianya melibatkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. Dan bagi kes melibatkan Seksyen 302, tiada ikat jamin dibenarkan.

Untuk rekod, ketika penulisan ini ditulis, MASIH TIADA APA-APA HUKUMAN DAN KESALAHAN DIPUTUSKAN MAHKAMAH. Persoalannya, mengapa Zulkifli ditahan dan dihadapkan ke mahkamah walaupun beliau membunuh kerana hanya hendak pertahankan diri?

Jawapannya mudah, hakim perlu menunaikan kewajipan menegakkan kebenaran dan memastikan sesuatu kes itu beyond reasonable doubt ataupun tidak. Itu adalah SOP undang-undang.

Sewaktu pembacaan kesalahan, Zulkifli mengaku tidak bersalah maka dengan itu, mahkamah perlu menetapkan tarikh lain bagi mendengar hujah bela diri Zulkifli dan pada masa tersebut, Zulkifli boleh menggunakan hujah mempertahankan diri hingga menyebabkan kematian orang yang menyerangnya ataupun dengan bahasa undang-undang, menghadirkan keraguan munasabah.

Ada juga beberapa pihak yang menyatakan jika undang-undang Syariah digunakan, nasib yang menimpa Zulkifli tidak akan terjadi. Maaf hujah begitu sangat ringan.

Di bawah hukum Qisas, membunuh boleh disabitkan dengan hukuman bunuh. Namun jika membunuh itu kerana mempertahankan diri, hukum Qisas tidak boleh dikenakan. Namun ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi atas alasan mempertahankan diri iaitu:

1) menghadapi serangan
2) serangan betul-betul berlaku
3) tiada cara lain selain melawan
4) menggunakan kekuatan sekadar perlu.

Jadi di sini jelas, perlu ada perbicaraan bagi memastikan syarat-syarat di atas dipenuhi dan selepas terbukti syarat itu dipenuhi, barulah seseorang itu terlepas dari hukum Qisas.

Kesimpulannya, baik dari segi undang-undang manusia atau hukum Allah, ada SOP yang perlu dipatuhi. Penjatuh hukuman perlu mensahihkan kronologi kes dan memastikan tiada cerita lain disebalik kes yang berlaku dan hanya selepas itu keputusan dapat dibuat.

Ada yang bercakap tentang nasib keluarga Zulkifli sepanjang penahanannya. Betul, perkara ini berat bagi mereka. Jadi sebagai rakyat prihatin, buatlah apa yang termampu bagi menjaga kebajikan mereka. Pada masa yang sama, berlakulah adil kepada hakim dan puhak berkuasa selaku penegak undang-undang kerana mereka ada SOP yang perlu dipatuhi (apapun tanggapan anda terhadap pihak berkuasa, itu sekadar suatu tanggapan, ia langsung tidak mencerminkan keseluruhan sistem keadilan).

* Yang hak pasti berdiri.

Kes Zulkifli tu  hangat diperkatakan, apa alasannya olih DPP utk tuduh sek 302 kk......?

Dpp kata hak pertahankan diri tak terpakai sebab hasil siasatan yg dijalankan dapati hak2 tersebut tak dipenuhi.

Assalamualaikum YDH Datuk/Tuan.

1. Kerteh rpt. 1606/15,
Kmn IP 762/15, Seksyen 302 KK, 326 KK
IO: Insp. G/19895 Lokmanul Hakim b. Abdul Majid

2. Tertuduh (B1):

Mohamad Zulkifli bin Ismail, K/P: 650417115079, Alamat: Rumah tak bernombor, Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh Kmn Trg
-tiada rekod lampau
-urine-test negatif
-interim kecederaan - negatif (tiada kecederaan dialami dlm kejadian ini)
-repot dibuat oleh B1 sebagaimana Kerteh rpt. 1607/15

3. Mangsa (simati):

i. Zulkefle bin Abdullah, K/P: 781229115119, Alamat: No. 21 Felda Kerteh 6 Ketengah Jaya, Dungun Terengganu
-semakan kompol tiada rekod

ii. Mangsa (rakan simati) A22:

Faizul bin Awang, K/P: 850225115318, Alamat: B37 Rumah Ketengah, Ketengah Jaya Dungun Terengganu
-semakan kompol 2 kes narkotik, 1 kes 457 Kk.

4. Senjata:
sebilah parang berhulu kayu bersama sarung kayu warna kuning, panjang l/kurang 24cm (parang siang daging)

5. Post mortem simati:
-luka tikaman di dada kanan ukuran 4x1.3cm. Pemeriksaan dalaman menunjukkan luka telah memasuki ruang dada kanan, melibatkan tulang rusuk sebelah kanan, serta paru-paru kanan, salur darah arteri dan vena (subclavian) sebelah kanan telah terpotong sepenuhnya, ruang dada kanan mengandungi darah cair sebanyak 400-500ml, darah beku sebanyak 600ml. Terdapat luka-luka abriasi pada siku kanan dan kaki kanan. Tiada kesan kecederaan lain, kemungkinan tiada pergelutan.

6. Interim pemeriksaan A22:
-kesan luka tikaman di dada kanan panjang l/kurang 7x5x3cm (8 jahitan).
-interim dari klinik kesihatan ketengah jaya dungun, hospital dungun, dan hospital sultanah nurzahirah kuala trg menyatakan "alleged assaulted sustained deep location wound at right upper chest wall".

7. Keterangan kes:
Pada 07/12/15 jam l/kurang 1048hrs, semasa pengadu bertugas di DCC IPD Kmn, terima panggilan telefon dari orang awam maklumkan seorang lelaki cedera di tengah jalan divider Km. 106 Jln K/trg-kuantan (Kg. Labohan) kerteh kmn trg. Pengadu maklum pada anggota e/o balai polis kerteh, dan arahkan ke tempat kejadian. Pada 07/12/15 jam l/kurang 1100hrs, 2 anggota balai polis kerteh sampai ditempat kejadian dan telah maklum semula pada pengadu, dapati lelaki tersebut telah meninggal dunia dipercayai kena tetak atau bunuh.
Pada 07/12/15 jam l/kurang 1132hrs, B1 datang me balai polis kerteh buat repot berkenaan kejadian. Pada 07/12/15 jam l/kurang 1400hrs, Insp Hanafi tangkap B1 diperkarangan balai polis kerteh.

8. Rakaman percakapan (26) saksi telah dirakam.

9. B1 telah dituduh di Mahkamah Majistret/Sesyen Kemaman pada 27/12/15 bawah seksyen 302 Kk, 326 Kk.

10. B1 dibatalkan bon jamin RM 15,000 dan sekarang berada di penjara Marang.

11.A22 yang merupakan saksi utama kejadian dikekalkan bon jamin RM 20,000.00.

12. Sebutan semula kes pada 24/01/16.

Untuk makluman YDH Datuk/Tuan.
Terima kasih.

👆Arahan tuduh sek 302 kk dari ag chamber.. polis cadang 304 kk jerk.. ermmm!!!

Copy mesej dari KBSJD Kemaman...

kalau betullah begini jalan ceritanya maka, tak salahlah kalau AG Chamber cadang tuduh di bawah Sek. 302 KK...

Semua cerita hok ada tu tidak tepat belako. Kita jgn terperangkap dgn cerita viral tu. Cerita sebenarnya memang budak 2 orang nak mencuri tetapi bukan mengumpil rumah pun. 2 orang nie cuma nak curi besi buruk belakang rumah suspek. Semasa kejadian suspek dgn isteri ada tempat perniagaan. Selepas melihat mangsa dan rakan berkeliaran isteri suspek beritahu suspek. Jarak rumah dgn kedai l/kurang  500 meter. Sebaik sampai ditempat kejadian mangsa sedang melilau cari besi dan rakannya duduk atas motor. Sebaik sampai suspek terus tikam hok dok atas motor kemudian menyerang simati pula. Pada masa yg sama simati meminta ampun tetapi suspek terus tikam simati didada. Simati kesakitan terus lari sampai seberang jalan sambil dikejar suspek. Simati akhirnya rebah disebabkan kehilangan darah dan pada masa itu juga suspek terus memukul simati. Rakan simati yg kena tikam pada awalnya terus berlari simati untuk menolong dan mengangkat untuk dibawa ke hospital. Tak ada satu keterangan atau saksi bebas yg mencerita adanya serangan terlebih dahulu terhadap suspek oleh simati mahupun yg tercedera. Jadi kes telah disiasat secara adil dan keputusan untuk suspek adalah dibuat oleh Jabatan Peguam Negara sendiri bukan KUP TERENGGANU. Keterangan dan bukti bukan sahaja melalui saksi yg cedera tetapi diakui sendiri oleh suspek semasa soalsiasat dan pengakuan dia hampir selari dgn keterangan saksi yg cedera. Jadi ambik pikir sendirilah muga semua bijak pandai belaka dah. Patut atau tak patut...

[JANGAN BUNUH PEROMPAK, BIARKAN PEROMPAK MASUK]
Oleh: Syahrizzal Arfandy bin Adam

Baca dulu sampai habis, JANGAN BACA TAJUK SAHAJA. Terima kasih

Saya ingin menjawab segala makian/cacian oran ramai mengenai kenyataan KPN semalam yang disiarkan dalam kebanyakan akhbar dengan headline "Kita tidak boleh bunuh perompak"

Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum tuan/puan mengherdik pasukan polis sesuka hati.

1. Kenyataan Media KPN: Sebenarnya kebanyakkan media telah memutar belit kenyataan media KPN yang berlansung semalam sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JIPS di Bukit Aman. Oleh sebab terlalu ghairah mengejar popularity, kebanyakan media terlalu mudah meletakkan headline "KPN: Jangan bunuh perompak". Sedangkan berlawanan dengan apa yang dimaksudkan IG Tan Sri Khalid Abu Bakar. KPN semalam juga ada menyatakan " Memang ada peruntukan dibawah seksyen 99 Kanun Keseksaan untuk tindakan mempertahankan diri, cumanya ada had tertentu". Ramai yang malas membaca dan terus membuat justifikasi melalui TAJUK SAHAJA. Akibatnya ramai yang tidak faham dan terus mencaci KPN dan seluruh anggota/pegawai pasukan Polis. Maksud sebenar KPN, untuk alasan mempertahankan diri, janganlah terus kepada membunuh, kerana kita tidak boleh bunuh sewenang-wenangnya.

2. Homicide. Bermaksud bunuh. Bunuh pula boleh dikategorikan kepada dua CRIMINAL HOMICIDE dan JUSTIFIABLE / EXCUSEABLE HOMICIDE.

Saya mulakan dengan Excuseable Homicide yang bermaksud bunuh yang dibenarkan mengikut keadaan dan tidak dikira jenayah. Hal ini termasuklah Killing in Self-Defense (mempertahankan diri), Involuntary Manslaughter (Kematian yang tidak disengajakan asalkan bukan atas sebab Negligence iaitu cuai), Euthanasia (bunuh diri terancang melalui kaedah perubatan dan hanya negara barat mengamalkannya) dll, termasuklah hukuman mati kepada pesalah.

Bagi Unlawful/Criminal Homicides, antaranya Murder (bunuh) yang merangkumi dua First Degree Murder dan Seond Degree Murder (bergantung dengan negara). Dalam situasi ini, bunuh kategori ini adalah jenayah melibatkan bunuh dengan niat atau tanpa niat. Sepertimana terkandung dalam Seksyen 302 dan 304 KK.

Baiklah, bagi seseorang yang dianggap membunuh sebab mempertahankan diri (Killing in Self Defense), mestilah sesuatu yang munasabah dan mengatasi keraguan. Seseorang terlebih dahulu menerima ancaman ASSAULT (serangan fizikal) sebelum dikira mempertahankan diri. Kalau tiada bukti kukuh, keluarga si mati akan mengemukakan untuk RELATED WRONGFUL DEATH CLAIMS, dimana keluarga simati mendakwa bahawa pembunuhan simati adalah JENAYAH dan bukannya MEMPERTAHAKAN DIRI.

Contoh:
Seseorang mendakwa A membunuh B dan keluarga B mendakwa A menjadikan pembunuhan B seolah-olah suatu insiden rompakan.

A mendakwa B memang merompak dan mahu menyerang dan membunuhnya.

Untuk itu, mahkamah terpaksa melihat kes ini sebagai BUNUH JENAYAH dan keluarga simati berhak menuntut apa jua bukti untuk mengaitkan yang pembunuhan ini dengan tindakan mempertahankan diri.

Kalau tidak, SEMUA ORANG akan BEBAS MEMBUNUH dan MENDAKWA tindakan bunuhnya sesuatu tindakan MEMPERTAHANKAN DIRI.

3. Kes PP v Zulkifli, 2015.
Kes ini belum pun diputuskan dan baru sahaja mula dibicarakan. Tetapi yang menghairankan kenapa terlalu ramai yang mengatakan ZULKIFLI DIHUKUM GANTUNG KERANA MEMPERTAHANKAN DIRI. Bahkan pihak Attorney General Chamber (Peguam Negara) dan Pendaftar Kehakiman belum pun menghabiskan laporan. Entah dari mana terlalu banyak andiaian yang Zulkifli ke tali gantung.

Membawa Zulfikli ke dalam perbicaraan adalah prosedur biasa. Hal ini juga untuk kebaikan beliau supaya JELAS BELIAU MEBUNUH UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI dan bukannya BUNUH JENAYAH yang mungkin bakal orang pertikaikan.

Dan keluarga simati berpuashati jika mendapati bahawa Zulkifli memang mempertahankan diri dan sesuatu bukan yang silap.

KESIMPULAN:
Sebelum menghakimi sesuatu, pastikan maklumat diterima sahih dan berkualiti. Jangan terlalu mudah mengelabah untuk sesuatu yang anda tidak tahu.

Paling penting, JANGAN BACA TAJUK SAHAJA! Bacalah sampai habis sebab tajuk akhbar pun kadang-kadangnya tak selari dengan isi yang ditulis.

Undang-undang di Malaysia, juga sama dengan KEBANYAKAN NEGARA KOMANWEL yang anda KAGUMI dan AGUNG-AGUNGKAN.

Semuanya ada prosedur dan anda perlu faham HAKIM yang dilantik bukanlah BUDAK TADIKA yang menjatuhkan hukuman mengikut nafsu, sepertimana kebanyakan pembaca yang mudah membuat justifikasi HANYA DENGAN MEMBACA TAJUK! PELIK tetapi itulah hakikatnya.

Semoga penjelasan ini menjernihkan justifikasi orang mengenenai sistem KEHAKIMAN, PERUNDANGAN dan juga POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) yang puas dicemuh oleh tuan-tuan yang terlalu mengikut nafsu dalam menyebarkan berita tanpa  memahaminya terlebih dahulu.

Sekian.
Disediakan oleh:
SYAHRIZZAL ARFANDY BIN ADAM

2 comments:

  1. Kau tak kena parang ke perompak sampai terputus tangan boleh lah kau nak cakap SOP.
    Nanti perompak masuk rumah kau, kerat tangan kau sebab nak beg duit baru kau faham apa itu SOP nak lawan perompak 3 orang dlm rumah. Tunggu la

    ReplyDelete
  2. Org malas membaca komen... Ape nak buat..??? Taik kambing bulat bulat..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails