Mutiara Kata

Wednesday, January 06, 2016

Apa Itu Bauksit

Tulisan RMS

Ayuh kita kenali apa itu Bauksit... dan sejarah perlombongannya di Malaysia.

Bauksit adalah sejenis gabungan Alumunium hidroksida dan Alumunium oksida... Mula dijumpai pada tahun 1821 di Les Baux, Provence-Alpes-Côte d'Azur,  Selatan Peranchis... Nama tempat itu diangkat menjadi nama rasmi  mineral ini dan digunakan sehingga kehari ini...

Bauksit memang telah dibuktikan mendatangkan masalah pencemaran kepada alam sekitar dan kemusnahan ekologi ditempat mineral itu dilombong.. tapi kerana nilai komersialnya yang tinggi, kegiatan perlombongan tetap dijalankan walaupun sering berlaku konflik dgn penduduk yang menentang kegiatan itu diwilayah mereka...

Sifat asas Bauksit ialah tidak larut dalam air malah mencemarkan jika memasuki sungai dan loji rawatan air... sebagaimana yang dilaporkan oleh pengkaji di Univ Teknologi Malaysia baru baru, iatu kandungan mercury dan toksik di Loji rawatan Air di Bukit Goh yang menerima air dari Sg Riau yang tercemar  melebih 9 kali dari paras yang dibenarkan  untuk air mentah..

Apa yang paling membimbangkan kandungan arsenik (sejenis bahan beracun) yg tinggi dalam ikan yg ditangkap di Sg Pengorak. Tiga sampel ikan dilaporkan mengandungi 70.8 sehingga 104.5 g/kg, melebihi sebanyak 70,000 kali tahap yang dibenarkan. Akta Undang Undang Makanan Malaysia 1985 menetapkan pada kadar 1 mg/kg

Perlombongan Bauksit di Malaysia bermula di Johor yang mengeluarkan 219,888 tan bauksit dengan nilai pasaran  RM17.59 juta pada tahun 2013..

Tetapi apabila kerajaan Indonesia mengharam dan menghentikan export Bauksit kerana faktor pencemaran, Malaysia khasnya Pahang menjadi pengeluar utama mineral ini dgn jumlah export mencecah  20 juta tan pada tahun 2015... sedangkan export Bauksit pada tahun 2004 hanyalah 2,040 tan, berlaku peningkatan mendadak pada tahun 2014 - 2015...

MB Pahang, Adnan Yaakob menjangkakan perlombongan Bauksit yang dipelopori dinegeri itu  bakal menjana pendapatan sebanyak RM24 juta SEBULAN  pada kantung kerajaan negeri pada tahun 2016 dan jumlah pendapatan negeri  pada tahun 2015 adalah sekitar RM37 juta sehingga bulan Ogos 2015..

Bukan lagi rahsia penglibatan Bangsawan dan Kerabat Pahang yang menguasai kawasan perlombongan Bauksit disana menyebabkan agensi penguatkuasaan seolah olah diikat tangan mereka dalam menangani aduan penduduk yang menjadi mangsa. Kejadian seperti kemalangan maut antara penguna jalanraya dgn lori bauksit menjadikan penduduk mengambil tindakan sendiri, ada lori yang dibakar kerana penduduk sudah hilang sabar bila rintihan mereka kurang mendapat perhatian pihak yang berkuasa..

Kejadian Laut Merah mengejutkan negara, rata rata bersetuju itu angkara perlombongan bauksit walaupun disangkal oleh KPC, diburukkan lagi penemuan ikan yang mati disungai Tonggok, bukti ada sesautu yang buruk sedang berlaku dikawasan yang terlibat dgn kemusnahan akibat perlombongan Bauksit... seperti biasa pihak berkuasa.. hanya mengeluarkan kenyataan Banggang seperti.. "pandang serius' masalah tersebut tanpa sebarang jalan penyelesaian demi kebaikan penduduk..

Usaha terakhir kini terletak ditangan penduduk.. mereka sendiri menetapkan tempoh agar perlombongan dikawasan mereka dihentikan, jika tidak mereka akan membuat benteng manusia bagi menghalang pergerakan lori dan perlombongan disana... Kerajaan negeri langsung hilang kredibiti dan keupayaan, begitu juga agensi penguatkuasaan yang dilihat macam tikus kehilangan ekor...

Fuuuuhhh.. panjang aku tulis.. ada ker yang baca..??

hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails