Mutiara Kata

Friday, December 11, 2015

LAUT CHINA SELATAN DAN SPRATLY dan GRAND STRATEGI MALAYSIA

Ditengah malam syahdu dengan penghawa dingin bersuhu 21 derajat celsius ini saya akan menulis tentang Laut China Selatan dan Spratly.
Ya, kedua-dua lokasi maritim ini menjadi rebutan negara-negara pesisir seperti Malaysia, Brunei, Taiwan, Filipina, Vietnam dan China.
Kenapa?

Laut China Selatan adalah laluan perkapalan dan perdagangan yang menghubungkan Barat dan Timur, membawa jutaan tan bahan api fosil, hasil bumi dan galian serta komoditi import dan eksport global.
Ia menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, dengan laluan Selat Melaka dan Selat Singapura serta Selat Sunda yang mana ketiga tiga laluan perkapalan ini merupakan chokepoint dan nadi ekonomi negara pesisir dan negara-negara yang berdagang di Asia Timur, Asia Barat dan Eropah serta benua Amerika.

Malaysia terletak ditengah-tengah laluan perdagangan yang telah wujud sejak zaman tamadun Sungai Batu berdagang dengan Mesopotamia dan Mesir Purba.
Dizaman ini, atau lebih akurat di era millenium baharu ini, Laut China Selatan menjadi rebutan dua kuasa besar global, yakni China dan Amerika Syarikat yang mana laluan perkapalan ini adalah sangat strategik dari segi perekonomian dan ketenteraan.

Kita melihat tahun demi tahun, China semakin agresif dan asertif dalam perkara darihal pemilikan Laut China Selatan. Kepimpinan Politburo Beijing serta cabang militernya menggunakan segala pengaruh untuk menguasai laluan perkapalan ini. Dari menyirami negara-negara pesisir dengan bantuan perekonomian serta kewangan dan bantuan modal industri sehinggalah mengamalkan gunboat diplomacy dan salami slicing, malah sehingga ketahap membantu membangunkan angkatan pasukan keselamatan keatas negara-negara yang dilihat mempunyai kepentingan jangka panjang.

Kenapa mereka bersikap sedemikian..?
Selat Melaka, Selat Singapura dan Laut China Selatan adalah laluan perkapalan yang membawa masuk sejumlah besar dagangan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu sejak China mula mengalami pertumbuhan ekonomi dan industri yang sangat pesat di awal dekad lalu.

Dan laluan perkapalan ini jugalah yang membawa keluar jutaan tan komoditi eksport China ke Amerika Syarikat melalu Lautan Pasifik, dan kemudian membawa pulang komoditi import seperti mineral dan bahan galian lain kembali ke China.

Tetapi perlu diingat, selain China, negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan juga menggunakan laluan perdagangan yang sama seperti China.

Pada China, ancaman yang paling kredible dan paling ampuh untuk menutup garisan logisitk militer dan perdagangan strategik negara naga merah itu adalah Amerika Syarikat dan sekutunya seperti Korea Selatan dan Jepun jadi adalah tidak menghairankan, konsep 9 Dash Line dengan lingkaran kepulauan luar dan lingkarang kepulauan dalaman itu memang bermaksud untuk mewujudkan area denial capabilities keatas Amerika Syarikat dengan armada kapal perang yang senantiasa ditempatkan di rantau sebelah sini.

Dan tidak menghairankan apabila China menjadi sangat assertif keatas jiran tetangganya, dimana ia cuba untuk memenangi hati tetangga Aseannya dengan cara pemberian modal pembangunan infrastruktur, suntikan modal ekonomi malah turut sama menjual alatan senjata kepada negara yang berminat.

Kenapa China berbuat demikian..?

Kerana kepimpinan tentera dan politburo China tidak mahu negara-negara Asia Tenggara ini bersikap agresif, dan paling penting tidak terlalu bergantung harap kepada Amerika Syarikat yang dilihat sebagai pesaing terdekatnya dirantau sebelah sini. Untuk memudahkan cerita, China sedang cuba memastikan kawasan kejiranannya tidak diganggu gugat oleh orang luar yang bukan berasal dari kawasan kejiranan ini.

Namun adanya negara-negara yang terang dan jelas menentang penguasaan dan pengisytiharan wilayah Laut China Selatan sebagai milik negara tersebut sepenuhnya tanpa mengambil kira negara pesisiran lain sedikit sebanyak telah membenarkan kemasukan Amerika ke rantau ini.

Jika dahulu, Amerika hanya berminat pada Timur Tengah, kali ini mereka mengubah dasar dan menumpukan kepada Asia Tenggara dan Asia Timur, kerana pada mereka kedua -dua rantau ini sangat progresif.

Selain laluan perkapalan, Laut China selatan yang mempunyai deposit petroleum dan gas asli yang mampu mencecah simpanan sehingga 5 billion tong ini juga adalah salah satu sebab mengapa China sekonyong-konyongnya mahukan setiap satu dari pulau, terumbu karang dan beting pasir yang ada di wilayah laut ini.

Perkembangan industri dan ekonomi China yang sangat pesat sejak sedekad yang lalu memerlukan pengunaan sumber asli yang sangat banyak dan ini jelas apabila China yang asalnya merupakan pengkesport petroleum dunia kini berada di tangga ke  teratas pengimport petroleum terbesar dunia, dengan Russia di bekalangnya.

Jika anda seorang yang meneliti perkembangan China, sumber bahan api China bukanlah semata-mata diperolehi di Laut China Selatan tetapi turut melibatkan medan-medan minyak Timur Tengah seperti Saudi dan Kuwait dan Iran, negara-negara Afrika Barat seperti Nigeria, negara Amerika Latin seperti Venezuela dan paling utama pengeksport petroleum terbesar China adalah Russia.

Malah Laut China Selatan dan Selat Melaka bukanlah satu-satunya jaringan logistik tenaga negara tersebut malah turut melibatkan Asia Tengah sebagai pembekal utama dengan jaringan saluran paip yang merentasi ribuan kilometer dari Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan dan juga wilayah timur jauh Russia yang semuanya berakhir di wilayah-wilayah interior China.

Keberlangsungan sumber bahan api, keberterusan perdagangn import dan eksport negara tersebut yand dijana dengan pertumbuhan ekonomi yang sangat pesat serta industri serta penguasaan teknologi yang semakin baik merupakan sesuatu yang perlu negara naga merah tersebut lindungi.

Seperti mana Singapura yang mempunyai angkatan perang yang sangat kredible untuk melindungai negara kota kepulauan tersebut, ekonomi dan infrastruktrunya serta pintu masuk keluar komoditinya dari serangan musuh, begitu jugalah halnya pada China.

Sikap asertif ini semakin memuncak dengan campur tangan Amerika Syarikat yang turut mempunyai kepentingan dagangan di Asia Tenggara selain Laut China Selatan dan Selat Melaka juga adalah laluan transit armada perang negara pak cik sam tersebut yang mestilah dilindungi dan tidak dikuasai mana-mana kuasa serantau atau negara kuasa besar.

Selain Saudi dan Iran yang mengeksport petroleum ke Amerika, kedua dua negara pengeluar minyak utama Timur Tengah dan negara-negara Arab teluk juga merupakan rakan dagang China.

Maka China melihat, unjuran kuasa mereka tidaklah hanya terhad di Laut China Timur, Lau China Selatan dan Pasifik Barat, tetapi juga di Lautan Hindi, yang mana kini pelabuhan seperti Gwadar di Pakistan bakal menjadi transit kepada penghantaran sumber petroleum dan gas asli dari Iran dan negara-negara Teluk ke China melalui saluran paip minyak, pelabuhan laut dalam seperti di Colombo, Sri Lanka yang bakal memperlihatkan kemasukan lebih banyak kapal-kapal super kontena yang akan membawa lebih berjuta tan komoditi eksport yang akan dipasarkan di Timur Tengah dan negara-negara Eropah.

Jadi untuk melindungi jaringan logistik ini yang sangat berkembang seperti sarang labah-labah, China memerlukan angkatan perang yang sangat moden dan kredibel jika sekiranya terpaksa berhadapan dengna ancaman.

MALAYSIA- Grand Strategi Laut China Selatan

Berdasarkan skenario dimana dengan penglibatan Amerika yang lebih aktif di rantau ini serta pertembungan demi pertembungan antara angkatan laut China dan Amerika yang semakin hari semakin membarah, ia bakal memperlihatkan adanya pergeseran yang mampu membawa kepada konflik persenjataan

Maka keupayaan mempertahankan negara ini diatur kerana apabila pecah perang, Malaysia akan pasti.

Apakah grand strategi kita dalam menangani ketegangan di Spratly. Biar saya berterus terang dari awal. Dengan bajet tahunan hanya RM17 billion jangan haraplah kita nak menang sebarang direct confrontation dgn dua kuasa besar yang dok mengecek di LCS..

Sebab itu adanya latihan demi latihan dengan kedua kuasa besar tersebut dalam konteks militer...

Pada masa sama..kedua dua nya cuba untuk menawan hati Malaysia dengan pakej ekonomi yang menarik...China dengan Maritime Silk Road nya manakala Amerika dengan TPPA....

Terus terang Malaysia nampak dengan jelas dan terang lebih condong kepada Amerika..tetapi tidaklah sampai meletakkan dasar luar kita sama dan selari dengan Amerika.

Walaupun kita menerima angkatan perang Amerika saban tahun untuk latihan silang militer tetapi ia tidak meletakkan kita sebagai negara yang bersetuju dengan tindakan ketenteraan AS secara unilateral keatas negara lain, lebih lebih lagi darihal Israel.

Pada tahun ini sahaja lima eksesais besar telah dilaksanakan. Eksesais ini menguji keupayaan angkatan bersama dimana konsep sea and air battle digabungkan dengan keupayaan tentera darat dalam overall grand strategi kita di LCS. Latihan kita selalu menguji kemampuan tentera darat dan TUDM bekerjasama dengan kapal2 TLDM.

Sebagai contoh helikopter TUDM berlatih landing dan berlepas dari kapal2 TLDM.

Grand strategi kita di spratly tidak percuma. Dengan bajet pertahanan yang terlalu sedikit nak taknak diplomatic front juga dijadikan sebagai salah satu cara melegakan hubungan Malaysia - China - US.

Nak taknak kita akui bahawa ada kemungkinan tindakan agresif China ialah  respon terhadap strategi US di LCS. Ini merupakan vicious circle yang mana kedua2 hagemoni cuba untuk gain advantage antara satu sama lain. Umpama mengatur buah Chess. Cuma bezanya yang di atur ialah kapal2 pemusnah, jet pejuang dan kapal selam nuklear.

Secara hypothetical ketegangan di Spratly boleh escalate ke total War antara US dan China. Yup... Sementara nafsu kemaruk nak perang tu belum penuh, malaysia mengatur strategi berbaik2 dengan kedua-dua negara.

Mengapa MMP kata begini? Kerana jika konfrantasi konvensional tercetus antara US dan China.. Strategi ASB us menggariskan bahawa untuk memastikan angkatan US dan sekutu bebas beroperasi tanpa ancaman, di wajibkan serangan jarak jauh ke dalam tanah besat China untuk meneutralkan pertahanan udara China. (Baca : Air Sea Battle Concept)

Strategi ini ada flaw pada pandangan MMP kerana akan eskalasikan minor konflik di spratly kepada konflik global dan berisiko China akan membalas dengan serangan Nuklear.

Lebih lagi perperangan bermakna kedua pihak China dan US akan menyerang keupayaan Space Early Warning System yang mana secara direct akan memberi impact kepada strategi Nuklear kedua2 pihak.

South china sea dan spratly ni sebenarnya berkenaan hal sea lanes of communication. China nak sea lanes dia remain open dan xde sape akan tutup laluan perdagangan dia. Us pn sama...sama sentimen...tak nak sape2 kontrol dan tutup sea lanes ni... Agenda utama dia to remain sea lanes open continously. Masalah dia...amerika tak nak china kawal....dan china x nak amerika kawal...atau campur tangan. Maka keluarlah polisi 9 dash line..dan FONS.

Sering kali kita tanya apa role tentera darat dalam future defence kita di spratly. Mengapa kita mahukan pasukan marin. Tentera darat kita di latih di bentuk untuk tujuan defensif. Ini bermakna fokus tentera darat lebih kepada area denial. Menidakkan musuh dari menguasai wilayah kita.

Namun begitu MMP dapat nampak dari bentuk eksesais yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia bahawa kita sudah mula mengubah doktrin ini di Sabah dan Sarawak. Latihan dan eksesais kita banyak berkonsepkan merempuh, merampas semula zone atau wilayah secara ketenteraan dimana pihak musuh memiliki significant forces. Kita berlatih melemahkan satu titik pertahanan musuh untuk membolehkan tentera darat bertapak, membuat pertahanan dan bersedia untuk mempertahankan bridgehead sementara pasukan utama tiba.

Kita berlatih strike package untuk memusnahkan atau degrade pertahanan udara dan darat musuh. Kita berlatih untuk interdict garisan logistik dan sokongan musuh dan kita berlatih merempuh contested space ini dengan serangan amfibia.

Pola latihan yang dikenali sebagai Joint Entry Operation ini bukan sahaja di fokuskan pada tahun ini. Malah pada pemerhatian MMP kita dah berlatih selama bertahun2 perkara yang sama. Cuma MMP belum pernah melihat eksesais pada skala ini dilaksanakan rapat2 dengan eksesais TLDM dan TUDM.

Penglibatan US dalam mempersiapkan ATM dalan konsep yang boleh dikatakan baru dalam ATM ini (Joint Forces - Joint Entry) menggambarkan alignment sebenar kita di LCS. ATM akan berlatih dan bertempur dalam bentuk Tempur Gabungan dan Joint Forces.

Joint Forces Headquarters atau Markas Angkatan Bersama (MK AB) merupakan joint military command untuk tujuan joint operation. MK AB bertanggungjawab merancang dan mengimplementasikan kesemua joint dan combined operation, joint exercise dan latihan yang melibatkan pelbagai negara.

Nak menguasai ilmu Jointness dalam operasi tentera bukan perkara mudah oleh itu MK AB melaksanakan dan belajar joint operation dalam situasi konflik sebenar dalam mandat PBB dimana konsep dan teori joint operation diuji dalam situasi konflik yang real.

Dalam jointness concept ketiga2 perkhidmatan angkatan tentera bekerjasama dalam kawal dan perintah pada level tertinggi ATM.

Honouring the threat.

Nak taknak apa yang dilakukan oleh China ialah satu ancaman. Diplomat dan ahli politik boleh la nak main semantik dan guna bahasa bunga2 atas bawah.

MMP jujur je.. Ianya ANCAMAN BESAR. Baru2 Zahid sendiri menyindir secara direct cara China yang agresif di spratly. Pertamanya mereka buat tambakkan raksasa di 9 dash line dan bina landasan dan fasiliti yang boleh operasikan pesawat pengebom H-6G dengan jarak operasi 5,700 km .. Itu belum masuk pesawat J11 MRCA yang mampu melaksanakan operasi udara di keseluruhan spratly.

Ancaman kedua ialah Pengganas Sulu. Abu Sayaf telah secara terang benderang berkomplot dengan IS dan merancang menyerang negara kita sendiri. Ya tuan2 Abu Sayaff dan rakyat kita sendiri telah merancang melakukan serangan nekad. Pelik IS bingai ni nak memperjuangkan negara Islam bukan dengan menyerang negara yang menindas palestin.. Tapi diorang nak musnahkan Malaysia. Bodoh sgt taktik tu.. Pegi la Israel sana, bangang punya Daesh.

Ada lima eksesais besar yang kita dah laksanakan di sabah dan dua yang terkini ialah Malus Amphex dan Eksesais Paradise.

Objektifnya simple. Uji combat readiness dan keupayaan di Sabah. Bahasa diplomatiknya latihan bilateral.. I beg to differ..

We train for War.

Sebanyak 367 air sorties dilaksanakan melibatkan latihan para drop, deep strike, deep insertion dan extraction, surgical strike, supression of enemy air defence dan air dominance.


Aset2 ini di bawah command and control MK AB melaksanakan Combat Search and Rescue (CSAR), High-Value Air Asset Protection (HVAAP), Combined Air Operations (COMAO), Mixed Fighter Force Operation (MFFO) and Large Force Employment (LFE).

Malaysia sedar akan risiko konflik konvensional di rantau ini, dan menekankan faktor kerjasama militer dan diplomatik sebagai satu asas utama yg masih mengekalkan kestabilan dan keamanan di rantau ini.

Namun fokus utama yang perlu diambilkira adalah ancaman baharu seperti insurgensi dan aktiviti keganasan, jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pelanunan serta peperangan siber. Walau bagaimanapun ini tidak bermaksud ancaman dan konflik tradisional diketepikan dan tidak diambil perhatian.

Amat penting untuk pihak berkepentingan di Laut China Selatan untuk terus berdialog dan mencari titik kesamaan dari segi kepentingan nasional dan internasional bagi mengekang peningkatan konflik (atau dalam escalation of conflicts).

Semua pihak perlu bekerjasama sebagai satuan ASEAN dalam memastikan tindakan nasional tidak menjurus kearah konflik bersenjata. Ini ditekankan oleh menhan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails