Mutiara Kata

Wednesday, December 23, 2015

BAH KUNING 2014

Setahun yang lalu, Negeri Kelantan dilanda bencana banjir besar. 23/12-28/12 merupakan 1 tempoh masa yang agak lama. Daerah yang teruk dilanda banjir besar ini adalah daerah KUALA KRAI. Keseluruhan daerah lumpuh.  Balai Polis, Bomba, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan pelbagai lagi pejabat kerajaan ditenggelami oleh banjir. Salah satu fasiliti yang tidak ditenggelami banjir adalah Hospital Kuala Krai. Hospital Kuala Krai yang berada di atas bukit telah menjadi pulau akibat dikelilingi oleh air banjir.

Apa yang mengagumkan adalah, kakitangan Hospital Kuala Krai tetap bertungkus lumus dalam perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat. Pengorbanan yang diberikan oleh kakitangan Hospital Kuala Krai adalah sangat besar. Pelbagai dugaan yang dihadapi oleh mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails