Mutiara Kata

Tuesday, November 10, 2015

KASIH SAYANG ISTERI TERHADAP SUAMI

Isteri dapat menzahirkan kasih sayangnya terhadap suami dengan melakukan perkara- perkara berikut:

1. Menyahut ajakan suami untuk mengadakan hubungan kelamin dengan memberi respon positif di samping memberi kerjasama dalam mencapai klimaks sepenuh hati.

2. Mencium suami pada masa dan tempat yang bersesuaian seperti semasa menghantar suami ke muka pintu untuk pergi bekerja dan menyambut kepulangannya.

3. Memasak makanan yang digemari suami.

4. Makan bersama suami. Jika telah makan, dia menemani suami makan.

5. Memberi hadiah kepada suami bersempena sesuatu peristiwa seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan, meraikan suami naik pangkat dan sebagainya.

6. Menyambut kepulangan suami dengan senyuman dan wajah yang berseri- seri.

7. Cepat melakukan sesuatu yang disuruh oleh suami.

8. Membantu suami dalam perkara- perkara yang boleh dibantu seperti bercucuk tanam dan memberi makan haiwan ternakan.

9. Membantu suami menjaga anak- anak dan mengurus kebajikan mereka.

10. Menerima dan melayan keluarga suami seperti keluarga sendiri terutamanya ibu bapa suami.

11. Sentiasa berada di sisi suami pada saat- saat yang memerlukan seperti ketika suami terlantar sakit.

Seseorang isteri solehah tiada masalah baginya untuk melakukan perbuatan- perbuatan yang dinyatakan. Dia tahu semua itu tidak dilakukan secara percuma. Semua yang dilakukan itu adalah untuk menunjukkan kasih sayangnya yang tiada batas sempadan kepada suami yang tercinta. Jika dilakukan semua itu, tahulah suami bahawa isterinya sangat menyayangi dan mencintainya. Bertuah sungguh seseorang lelaki yang memperisterikannya kerana dialah isteri yang solehah dan hebat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails