Mutiara Kata

Monday, November 02, 2015

HARI INI & ESOK...

-Hari ini masih kuat dn gagah,  mungkin esok nak bangun pun termengah-mengah.

-Hari ini kalau tidak dibuat suruhan Allah, belum tentu esok ada lagi peluang dari Allah.

-Hari ini realiti yg mesti ditempuhi dgn tabah, kerana esok hari belum pasti boleh berubah.

-Hari ini berasa bangga dan megah melakukan dosa, esok hari mungkin menyesal tak sudah-sudah.

-Hari ini berpakaian jubah dn kerudung, mungkin esok hanya kain kafan yg tiada lagi gah.

-Hari ini berpijak di atas tanah, boleh jadi esok sudah jadi penghuni dlm tanah.

-Hari ini berkenderaan serba mewah esok hanya ada kereta jenazah.

-Hari ini janganlah bermegah-megah, kerana esok hanyalah harapan dlm pasrah.

-Hari ini banyakkan doa dan harap pd Allah, semoga esok hidup dlm redha Allah.

-Hari ini kuatkan taat, amal ibadah, moga esok masih lagi istiqamah.

-Hari ini andai datang ketentuan Allah, esok terimalah ia dgn hati tabah.

-Hari ini andai ada silap dan salah, jgn tunggu esok utk istighfar dn taubat.

-Hari ini kita dlm taqdir Allah, besok hari hanya dlm ilmu Allah.

-Hari ini kita berukhuwah dan bermadah, semoga esok dikumpulkan bersama di Jannah, In shaa Allah..

๐ŸŒป  Aamiin, Aamiin, Allahumma.. Aamiin๐ŸŒป

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails