Mutiara Kata

Monday, September 07, 2015

SALAH FAHAM UMAT ISLAM TERHADAP ARAB SAUDI

Majoriti anak-anak muda yg bukan dari aliran pendidikan agama menganggap bahawa Arab Saudi adalah wakil umat Islam seluruh dunia. Mereka juga menganggap sebarang tindak-tanduk dari pemerintah Arab Saudi ini adalah asas kepada masyarakat Islam di negara-negara lain. Sebenarnya tidak.

Tiada mana-mana ulama Sunnahh wal Jamaah seluruh dunia melantik mana-mana ulama dlm negara Arab Saudi sebagai wakil umat Islam seluruh dunia.

Negara ini dihormati hanya kerana di dalamnya terdapat Makkah dan Madinah tetapi kerajaan yg memerintah kedua-dua Kota Suci ini langsung tidak mendapat mandat para ulama akhir zaman sekarang kerana mereka mengetahui ia adalah kerajaan Wahabi yang menjadi boneka kepada British, Israel dan Amerika yg dipimpin oleh Rothschild & Freemason.

Perkara ini bukan dakwaan atau teori, tetapi telah disahkan sendiri oleh ulama2 tersohor seluruh dunia.

Hatta di dalam negara Arab Saudi hampir 70 peratus penduduknya bukan berfahaman Wahabi. Fahaman Wahabi terpaksa dituruti kerana pemerintah (Keluarga Saud) menjadikan fahaman ini sebagai asas utama perlaksanaan syariat dan pewartaan fatwa.

Maka ulama2 yg dilantik di majlis2 agama Islam dan jabatan mufti kesemuanya dilantik dikalangan pro-Wahabi dan pro-Amerika sahaja.

Penentangan terhadap ulama-ulama Wahabi yang bersikap ekstremis ini terus menerus berlaku dalam negara Arab Saudi sehinggalah sekarang tetapi berita penetangangan ini tidak disiarkan di media-media Malaysia.

Antara ulama yg tegas memperjuangkan aqidah ASWJ di Arab Saudi ialah Syiekh Muhammad Hasan Al-Alawiy (keturunan Rasulullah SAW), Syiekh Zaini Dahlan (bekas Mufti Mekah) dan ramai lagi dari seluruh negara Arab Saudi.

MATLAMAT UTAMA WAHABI MENOLAK TASAWUF

Semua jenis manusia sama ada ahli politik, cendekiawan, ahli sejarah, saintis, mahu pun ulama Islam, sami sami, tuan-tuan guru pondok, maka disimpulkan semuanya mampu dipengaruhi Rothschild, hanya dengan pengaruh wang dan pangkat.

Sogokan, rasuah, pangkat kemasyuran dan sebagainya mudah diberikan untuk memanipulasi seseorang agar mengikut kehendak mereka.

Tetapi ada jenis manusia yang tidak boleh ditembus oleh Rothschild & Dajjal, iaitu Waliyullah atau lebih terkenal sebagai ahli ahli sufi. Golongan ini muncul hasil kesepaduan ilmu tasawuf yang diberikan oleh Rasullullah S.A.W secara bersanad dan tidak boleh belajar melalui peperiksaan awam, kerana ia melibatkan praktikal hati.

Disebabkan golongan ini jugalah yang dijanjikan Allah tergolong dalam Rijal Qhaib yang bakal menjadi tentera Imam Mahdi kelak menentang tentera Dajjal maka adalah jelas mengapa Rothschild menaja fahaman Wahabi seluruh dunia agar memerangi pembelajaran ilmu tasawuf atau ilmu tariqah ini.

Itulah hakikat yang berlaku sekarang dimana satu satunya fahaman yang tidak diganggu Amerika ialah Wahhabi, kerana mereka tahu ia adalah fahaman yang dibentuk oleh Dajjal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails