Jenazah menyusuri jenazah.. kematian demi kematian..
Perkhabaran kematian bagai sambaran petir..
Si fulan meninggal dalam celaka kemalangan kereta, si fulan meninggal kerana derita sakit, si fulan berjalan tiba-tiba rebah meninggal.. kesemuanya meninggalkan dunia di belakang mereka..
Kita pula yang masih bernyawa.. menguburkan mereka di bawah tanah yang kering.. menimbuskannya di dalam lubang yang gelap gelita..
Hari aku dan hari kamu pasti akan datang juga.. maka persiapkanlah untuk suatu perjalanan yang tiada kembalinya..
Wahai orang yang menangguhkan taubat dengan alasan masih muda.. maka ketahuilah.. di perkuburan itu tidak termaktub khasnya untuk si tua sahaja..
Dunia ini hanya tiga hari sahaja ;
kelmarin : telah kita lalui dan tidak akan kembali kepadanya
hari ini : sedang kita lalui dan tidak akan kekal bersamanya
esok : tidak kita ketahui adakah bakal kita laluinya dan di mana kita.
maka.. eratkanlah hubungan.. bermaafanlah sesama insan.. saling mepercayai sesama sendiri..
maka.. aku.. engkau.. dan juga mereka.. pasti akan berangkat pergi ke alam lain..
maka apakah persediaan kita untuk hari esok???
Ya Allah.. sesungguhnya hamba Mu ini bermohon kepadaMu yang Maha Kuasa agar mematikan diri ini dalam kesudahan yang baik.. dan memasuki syurgaMu dengan redhaMu serta diselamatkan dari azab neraka.. amiin..
No comments:
Post a Comment