Ingat mengingatkan antara kita ... Sharing is caring;
Berhati hati dalam bicara
لا تتحدث عن أموالك أمام فقير
Usah bicara tentang hartamu di depan fakir
لا تتحدث عن صحتك أمام عليل
Usah bicara tentang sihatmu d depan pesakit
لا تتحدث عن قوتك أمام ضعيف
Usah bicara tentang kuatmu di depan yg daif
لا تتحدث عن سعادتك أمام تعيس
Usah bicara tentang bahagiamu di depan yang berduka
لا تتحدث عن أولادك أمام عقيم
Usah bicara tentang anak anakmu di depan yang tiada anak
لا تتحدث عن والدك أمام يتيم
Usah bicara tentang orang tuamu di depan si yatim
لا تشمت بجراح الآخرين كي لايأتي يوم يشمتون بك
Usah disakiti orang lain sebegitu, agar kau tidak disakiti seumpamanya nanti
زِن كلامك في كل أمور حياتك
واجعل مراعاة شعور الآخرين جزءاً من شخصيتك
Awasilah bicaramu dalam setiap urusan hidupmu.
Usah bicara tentang kejayaan kita, kejayaan anak anak, cucu cicit, juga tentang kelebihan & kehebatan di depan mereka yg kurang berjaya... kerana berjaya atau tidak seseorang itu adalah di atas kehendak Allah jua...
Jadikanlah sifat memelihara perasaan orang lain sebahagian sahsiahmu... Agar tiada hati yang terluka kerana luahan rasa lidah kita yg tidak bertulang...
Yg baik jadikan tauladan yg buruk jadikan sempadan 😊 ️
No comments:
Post a Comment