Mutiara Kata

Thursday, September 17, 2015

AMALAN TERBAIK SEMASA MENYAMBUT EIDUL ADHA

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
Renungan Pagi Khamis
3 Zulhijjah 1436
17 September 2015

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا"[ رواه ابن ماجه والترمذي].

TERJEMAHAN
Dari A'isyah رضي اللّه عنها bahawasanya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Tiada amalan anak Adam pada hari raya korban yang lebih dicintai oleh Allah 'Azza wa Jalla daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Dan sesungguhnya ia (haiwan korban) itu akan datang pada hari qiamat dengan segala tanduk, kuku dan bulunya. Dan sesungguhnya darah binatang korban itu pasti jatuh di satu tempat di sisi Allah (diterima sebagai pahala) sebelum sampai ke tanah. Maka beruntunglah jiwa dengannya." (Mafhum HR Ibnu Majah dan At Tirmidzi)

PENGAJARAN
1. Islam amat menuntut agar ibadah korban dilakukan setiap tahun (sunat muakkad). Bahkan makruh hukumnya bagi mereka yang berkemampuan tetapi meninggalkannya dengan sengaja,
2. Haiwan2 yang pernah dikorbankan akan datang dengan tubuhnya yang sempurna di akhirat sebagai bahan bukti supaya diberikan ganjaran yang hebat di sisi Allah. Bahkan diriwayatkan ianya turut menjadi tunggangan semasa melalui titian As Sirat nanti,
3. Seeloknya kesemua daging korban disedekahkan kepada fakir miskin. Bagaimanapun, Syara' membenarkan daging tersebut diagihkan kepada tiga bahagian (sepertiga untuk ahli keluarga, sepertiga untuk fakir miskin dan sepertiga lagi untuk kaum kerabat, jiran tetangga dll).

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails