Kata Sayidina Ali: "Beramallah ketika di tempat yang tidak ada ganjaran tetapi hanya ada amalan (dunia), sebelum kita berpindah ke tempat yang hanya ada ganjaran tetapi sudah tidak ada amal (akhirat)."
Oleh itu adalah lebih baik kita terlebih dahulu sedar ketika hidup di dunia (kerana kita masih ada peluang untuk memperbaiki diri dan membetulkan kesilapan), daripada kita tersedar ketika berada di alam kubur, yang mana pada ketika itu segala-galanya sudah tidak berguna lagi.
Demikianlah apa yg dimaksudkan dengan celik mata hati atau kesedaran.
Mata hati inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-quran:
Maksudnya: "kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada. (Surah al-Haj 22:46)
No comments:
Post a Comment