Mutiara Kata

Tuesday, August 18, 2015

Renungan Pagi Selasa

السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

3 Zulkaedah 1436
18 Ogos 2015

🐣TAWAKKAL SEPERTI HATI BURUNG
عن أبي هريرةَ رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((يَدْخُلُ الجَنَّةَ أَقْوامٌ أفْئِدَتُهُمْ مِثلُ أفْئِدَةِ الطَّيرِ)). رواه مسلم.

TERJEMAHAN
Dari Abu Hurairah رضي الله عنه dari Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: "Beberapa kaum akan memasuki syurga yang hati mereka sama seperti hati burung." (Mafhum HR Muslim)

PENGAJARAN
1. Makna hati seperti burung adalah seorang yang nekad dan bertawakkal (berserah) kepada Allah dalam hal mencari rezeki yang halal setiap hari,
2. Hakikat tawakkal adalah berkeyakinan bahawa rezeki hanya datang dari Allah dan Dialah yang mendatangkan kebaikan dan menghindarkan sebarang bahaya,
3. Kata Sa'id bin Jubair: Tawakkal adalah himpunan iman. Ketahuilah tawakkal tidak menafikan keperluan untuk berusaha kerana burung sendiri keluar awal pagi untuk mencari rezeki yang ia yakin Allah telah sediakan untuknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails