(Kenapa lelaki sanggup ceraikan
isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik)
Soalan pembaca:
Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki
seperti saudara yang banyak memberi nasihat membina disamping buat saye
tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye
tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik.
Soalan saya, kenapa ada suami yang
sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang
cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan
kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC Mizall,
bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik,
terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan Wahida
Wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki
memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin
dengan perempuan yang kurang cantik.
Nampaknya, teori mengatakan lelaki
memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat encik tentang perkara
ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada encik.
Jawapan:
Banyak soalan yang belum aku jawab,
tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!
Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri
pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...
Aku tak tahu apa masalah Awie, AC Mizal
atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin
dengan bini baru yang cantik jugak,
tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila ditanya
kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”
Sungguh betul jawapan mereka dan tak
perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang Islam
yang bertakwa. Amin.
Baik, balik pada topik, dulu..,
aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi
lepas aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang
bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis
dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai
tu dan bila ditanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab
macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil
menjawab macam artis.
Sebab mereka member aku, maka aku
telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat
kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan
Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.
Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!
Terdapat dua perkara yang
sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang
perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang
patut, jangan lupa qadha (ganti balik) seberapa segera yang boleh. Tolong!
Bab makan ni, ramai perempuan bagus
bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu
hidang atas meja.
Tapi bila suami mahu makan, isteri
boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah
atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan
pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!
Lalu makanlah suami korang seorang
diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara
durjana.
Nampak remeh, tapi hakikatnya,
perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah
kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!
Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang
bercerai, setelah aku selidik, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini
adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi
suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri
berbanding suami yang selalu di temani isteri.
Puan Puan sekalian, kewajipan isteri
bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi
kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan
akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan
bercerai-naduzubillah.
Layan suami makan, ada di sebut dalam
hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan,
kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan
suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut
suami korang ceraikan korang talak lapan... jangan!
Korang bini orang semua ni masih
ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak
berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu
makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah
tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama
anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah
masin kerana bercampur air mata dan air
kecing syaitan!
Apa lagi nak di kata?
Aku ada kenal seorang pakcik yang
mana bininya huduh, mulut leser,
perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya
sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas dikorek rahsia kenapa
bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya,
isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada
selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita
begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.
Dengar tu wahai semua bini orang yang
perasan cantik sekalian.
Ini adalah serius, wahai semua isteri
diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di
waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh
juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua
sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami
mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi
bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak
mahu rumah tangga di kacau syaitan.
Baik, itu bab teman makan, sekarang
bab teman tidur.
Menolak ajakan bersetubuh, dan suami
diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi
hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh
ke telinga.
Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap
menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat
akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika
suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.
Tak perlu aku cerita panjang lebar
bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam
keharmonian rumah tangga.
Nasihat aku, jika suami ajak
bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut,
seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik
seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan
kata-kata:
“Bang, semalam maaf sangat
sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”
InsyAllah, isteri yang berbuat
demikian, suami akan fikir seratus empat
belas kali sebelum mahu bercerai.
Sebagai penutup, ingat pantun penuh
falsafah ini baik baik:
“Apa guna berbini cantik,
Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”
PS: InsyAllah, isteri yang melayan
suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga
bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan.
No comments:
Post a Comment