Mutiara Kata

Friday, June 05, 2015

PENSTRUKTURAN SEMULA PINJAMAN 1MDB

Terjemahan tulisan terbaru Tun M di blog che det.

1. Menteri Kewangan Kedua telah membentangkan kepada kabinet Plan Penstukturan Pinjaman 1MDB yang dipercayai akan menyelesaikan segala permasalahannya. Saya sekali lagi ingin mengulangi bahawa pembayaran hutang 1MDB ini tidak akan dapat menghapuskan rasa tanggungjawab kita terhadap kesilapan yang menyebabkan negara kehilangan berbilion ringgit.

Sesungguhnya wang ini tidak hilang melalui amalan biasa perniagaan tetapi telah hilang begitu sahaja. Ada seseorang mengetahui tentang kehilangan wang berbilion ringgit ini dan mengeatahui siapakah yang menyimpan wang tersebut. Walau bagaimana pun, orang ini tidak mahu memberitahu hal yang sebenar.

2. Sekarang berlaku pula proses penstrukturan.

3. IPIC dikatakan melabur USD 1 bilion di dalam 1MDB. Ianya memang lah bukan pinjaman sepertimana dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua. Tetapi sudah tentu juga ianya bukan lah hadiah percuma dari IPIC. Apakah yang IPIC akan perolehi dengan wang USD 1 bilion yang diserahkan kepada 1MDB. Wang ini tentunya akan jadi aset kepada 1MDB.

4. IPIC mungkin akan memberikan 1MDB USD 3 bilion lagi. Wang yang 1MDB perolehi dari IPIC ini tentu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman lebih USD 1 bilion kepada German Bank. Tambahan USD 3 bilion mungkin akan digunakan untuk memindahmilikkan aset hartanah 1MDB.

5. 1MDB telah membeli tanah Kerajaan yang nilai pasarannya RM 4,000 hingga RM 7,000 sekaki persegi kepada harga yang sangat murah iaitu diantara RM 60 hingga RM 90 sekaki persegi.

Sebenarnya wang yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah strategik Kerajaan itu sendiri menggambarkan penyalahgunaan kuasa. Perkara betul yang mesti dilakukan ialah membayar tanah Kerajaan tersebut dengan harga pasaran sebenar sebelum ianya dimajukan atau dipindahmilikkan.

6. Sekiranya IPIC membayar USD 4 bilion kepada 1MDB, secara berkesannya IPIC akan menjadi pemilik kepada aset-aset 1MDB.

7. 1MDB tidak akan memperolehi apa-apa dari IPIC kerana wang yang diperolehi dari IPIC akan digunakan untuk membayar faedah dan pinjaman pokok 1MDB dalam usaha untuk mengurangkan pinjaman RM42 bilion 1 MDB kepada satu amaun yang lebih kecil.

8. Untuk pinjaman yang lebih kecil, 1MDB masih perlu membayar faedah sehingga lah wang yang hilang dijumpai semula untuk membayar pinjaman pokok.

9. Yang demikian, bagaimanakah penstrukturan semula boleh memberi faedah kepada 1MDB. Ianya akan ;

i) Menghilangkan kuasa kawalan 1MDB kepada IPIC.

ii) Sebarang pembangunan tanah 1MDB mesti dengan restu IPIC.

iii) Urusan-urusan yang dilakukan adalah kesan dari kehilangan berbilion ringgit melainkan tanah TRX dan tanah Bandar Malaysia dibayar mengikut harga pasaran.

iv) 1MDB masih terus perlu membayar faedah atas baki pinjaman malahan berbilion ringgit untuk menyelesaikan pinjaman pokok. Diketika 1MDB kehilangan bahagian penting asetnya, bagaimana mungkin ia boleh menjanakan pendapatan.

v) 1MDB masih perlu menjual plan-plan jana kuasanya melebihi harga pasarannya. Hakikatnya, ianya tidak mungkin dapat dijual sekurang-kurangnya pada harga ianya dibeli.

10. Sehingga kini, tiada bukti USD 4 bilion (RM 14 bilion) yang dibawa dari Cayman Islands berada di Singapura. Jumlah wang ini boleh dianggap lesap melainkan 1MDB boleh menunjukkan Unit dengan nilaiannya dalam mata wang ada disimpan di Singapura. Unit yang disimpan di Singapura ini mesti boleh ditukarkan kepada wang sebenar.

11. Pelan Penstrukturan yang dipersembahkan oleh Menteri Kewangan Kedua ini tidak mampu untuk menghapuskan permasalahan 1MDB. Ianya juga tidak mampu untuk menghapuskan fakta bahawa wang 1MDB yang dipinjam telah pun lesap yang menyebabkan Kerajaan Malaysia kehilangan berbilion ringgit.

Sebahagian daripada pinjaman mungkin boleh ditebus, tetapi jumlah sebenar pinjaman tetap berkekalan. Sudah pasti penstrukturan tidak dapat memulihkan kesan kehilangan wang berbilion tersebut.

12. Terdapat banyak bukti untuk menyembunyikan fakta oleh politikus dan pegawai-pegawai tertentu Kerajaan. Apabila Najib tertewas dan saya percaya dia akan tewas dalam PRU akan datang, tiada pihak yang dapat menghalang tindakan undang-undang diambil ke atasnya.

13. Saya berharap penstrukturan semula dapat memulihkan keadaan. Walau bagaimanapun, melainkan wang yang hilang dapat dikembalikan, proses pembayaran semula hutang akan membebankan setiap rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails