Saturday, June 20, 2015

AKU TAK MALU TAK SOLAT

Setiap kali ramadhan, ramailah ibu bapa berkongsi cerita..

"Alhamdulillah, cukup sebulan anak saya puasa.."
"Brapa umur anak awak?"
"Alah, baru darjah satu.."
"Oooo..."

Dialog di atas memang biasa terdengar...

Tapi jarang2 kita dengar..

"Alhamdulillah, anak saya solat cukup dari umur 6 tahun lagi!"

Biasa kan dengar dialog puasa berbanding dialog solat??

Sebenarnya kita yg didik anak puasa lebih penting dr solat..
Walhal solat adalah rukun islam ke 2 selepas syahadah..

Kita sanggup biar anak 6 tahun kebulur berbanding rotan anak umur 10 tahun yg tinggal solat.

Sedangkan hadis nabi menyuruh kita mendidik solat seawal 7 tahun, bukan mendidik PUASA!!

Malah, ayat perintah solat berulang kali disebut dalam al-quran..berbanding ayat perintah puasa

68 kali ayat solat diulang..
Sedangkan perkataan puasa hanya 14 kali..ya..14 kali sahaja diulang..

Nampak tak penegasan solat mengatasi rukun islam yang lain..

Maka hari ini kalau kita melihat..ramainya anak2 tidak solat..tidak malu bila tidak solat..
itu sememangnya kerana didikan kita..kita malu anak tidak puasa..tapi kita tak malu anak tak solat

Sekadar peringatan..
Bukan menghalang ibu bapa mendidik puasa tetapi berpada2.
Lebih baik solat ditekankan kerana bila cukup solat..maka rukun Islam yg lain akan automatik terdidik kerana Allah sudah ada dalam diri anak2, insya allah..

Ibtisam Zahra'
3 Ramadhan 1436 H

No comments:

Post a Comment