Senaman ringan sebelum memulakan pendakian.
Taklimat akhir sebelum bergerak.
Perjalanan bermula.
Hentian pertama.
Kem Lolo.
Wak Jazz tak larat dah untuk meneruskan pendakian hari kedua.
Taklimat jam 7.45 pagi 23 Feb. 2013.
Kem Pacat - 3515 kaki.
Panjatttt, teruskan ke Kem Pengasih.
Ketinggian Kem Pacat.
Ketinggian Kem Pengasih.
Tak larat dah, turun leee....
Semua dah penat, siap sedia untuk turun ke starting.
Legaaaa.... semua sakit-sakit badan/kaki.
Pada 22-23 Feb. 2013 satu ekspedisi untuk mendaki Gunung Nuang telah berjaya dilaksanakan. Ekspedisi yg terdiri dari 32 orang bermula pada jam 3 petang berlepas dari kaki Gunung Nuang dengan semangat yg berkobar-kobar. Perjalanan sejauh kira-kira 5.9 km diharungi oleh semua peserta yg berumur dari 22 tahun ke 58 tahun yg mengambil masa kira-kira 3 jam. Jam 6 petang semua peserta telah berjaya sampai di Kem Lolo dan bermalam. Pada malam pertama terdapat juga seramai 28 peserta dari UTM bermalam di tempat sama. Pada 23hb. jam kira-kira 8.10 pagi, hanya 28 peserta sahaja yg sanggup untuk meneruska pendakian ke puncak Nuang. Perjalanan selama hampir 3 jam semua peserta telah selamat sampai di Kem Pacat dengan jarak sejauh 2.7km dan meneruskan pendakian ke Kem Pengasih yg terletak sejauh 1.7km lagi. Pada tepat jam 12.15 tengahari kesemua peserta telah sampai ke Kem Pengasih dengan berbagai keadaan kesakitan terutamanya di bahagian betis dan jari kaki. Oleh itu hanya 15 peserta sahaja yg sanggup untuk meneruskan pendakian ke puncak Nuang yg terletak kira-kira 1.2 km yang dijangka mengambil masa sekitar 45 minit yg mana difahamkan keadaan laluan landai akan mempercepatkan pergerakan, manakala 13 peserta mengambil keputusan untuk kembali ke Kem Lolo. Kira-kira jam 1 tengahari team yg menuju puncak telah berjaya sampai dengan penuh kegembriraan.
Pada kira-kira jam 3.30 petang kesemua team telah sampai semula ke Kem Lolo dan pada jam 4 petang kesemua peserta berjalan turun ke kaki Nuang. Pada masa ini 2 peserta yg berjaya sampai ke puncak terlalu keletihan dan terpaksa dibawa keluar dengan 2 buah motorsikal. Kira-kira jam 6 petang kesemua peserta selamat sampai ke kaki Nuang dan bersurai kira-kira jam 6.20 petang dengan kesemua peserta mengalami kesakitan di bahagian kaki masing-masing. Walau bagaimanapun kepuasan terpancar di wajah masing-masing kerana telah berjaya mengharungi situasi pahit getir sepanjang 2 hari program berjalan. Syabas kepada 15 peserta yg berjaya ke puncak termasuk seorang peserta wanita.
No comments:
Post a Comment