Monday, October 22, 2012

Risiko Sambung Bayar Ansuran Sewa Beli Kenderaan

Urus niaga seperti ini hendaklah dielakkan kerana akan mengundang banyak masalah, terutamanya dari segi penipuan, kemalangan, tuan punya asal meninggal dunia dan kecurian.

Walau apa pun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan dan boleh menuntut pada bila-bila masa.

Keadaan akan lebih rumit jika pemilik asal meninggal dunia. Waris yang layak boleh mengabaikan apa-apa surat perjanjian yang termeterai dengan pemilik asal.

Jika kenderaan dicuri atau kemalangan teruk, segala tuntutan insuran hanya boleh dibuat oleh pemilik asal sahaja.

(Dipetik dari Utusan Malaysia 22 Okt. 2012)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment