Hari ni, dalam duk melayari internet, tercetus satu idea baru, rasanya lebih baik satu blog baru diwujudkan bagi menghimpunkan berbagai berita, peristiwa dan maklumat-maklumat berguna dikeluarkan dari blog berkaitan radio. Kalau tengok blog asal dah bercampur-aduk, macam-macam benda dan posting telah dimasukkan kesitu. Jadi fikir punya fikir, baik diasingkan ruangan hobi radio dengan pautan kepada lain-lain kandungan blog.
Untuk menterjemahkan matlamat tersebut, maka wujudlah bloh ini, Nusa Kenchana, nama nampak macam pelik, biarkan. Jadi andaikata ada rakan-rakan yang berminat dengan lain-lain informasi selain dari hobi radio amatur, bolehkah mengunjungi blog ini. Namun begitu, terdapat beberapa pautan yang masih dikekalkan berada di mihmaw.blogspot tu, jangan risau.
No comments:
Post a Comment