Mutiara Kata

Monday, January 25, 2010

Menunggang Kuda

Sebagaimana yang dijanjikan, maka pada pagi-pagi hari Sabtu yang jatuhnya pada 23.10.2010, bertempat di Skuadron Istiadat Berkuda, Sg. Buloh terlakarkah satu sejarah pengalaman baru, sesungguhnya sunnah nabi kita kena ikut, iaitu tiga perkara, menunggang kuda, memanah dan berenang. Jadi pada hari tersebut berpeluanglah menunggang kuda, bukan kuda biasa, tapi kuda import dari Perancis, memang besar, memang tinggi, berat pun mencecah 700 ke 900 kg setiap ekor. Tapi, adalah sekor kuda yang paling tua, berusia 22 tahun,  berdasarkan umur manusia nak kena darab 4, maka kalau manusia, kuda ni dah 88 tahun. Tapi tak apa, dapat juga naik kuda baka Poland, pun besar juga.

Setelah dengar taklimat dan penerangan rupa-rupanya banyak perkara yang kita kena belajar tentang kuda ni, barulah senang kita nak kontrol. Jika kita memandu kereta atau menunggang motorsikal, ikut suka kita sajalah macam mana kehendak kita. Lain pula halnya dengan kuda, kerana kita perlu menjaga hubungan antara manusia dan haiwan. Kita perlu berinteraksi dengan kuda ni, baru senang. Jadi dipendekkan cerita, kuda ada pantang larang dia, silap haribulan nasib tak baik, memang ada rezeki kena tendang, bayangkan macamana rasa kalau kena tendang ni, kaki dia pun besar, pitamlaaa/lebam. Sekiranya hendak mendekati kuda, adalah lebih baik melalui sebelah sisi kiri atau kanan, elakkan dari bahagian depan dan paling bahaya dari belakang. Sebelum kita nak menunggang, pastikan kita gosok dulu tengkuknya, sebab apa, setiap kuda yang dilahirkan akan dijilat oleh ibunya di bahagian leher ini. Ooo..., gitu rupanya. Dah lepas gosok-gosok tu, masa nak tunggang, pastikan  jangan buat kuda terkejut, nanti jadi rodeo pulak, hahaha.....
taklimat berkaitan penjagaan kuda  
yang ni pun tengah bagi penerangan jugak
  
cara-cara nak ambil suhu badan kuda, kena cucuk termometer kat buntut
  
rasanya dah tinggi, tapi kuda lagi tinggi, kena pakai tangga nak tunggang 
cewahhh... dah action atas kuda jugak...
  
boleh nampak betapa tingginya kuda ni, tangga ada kat sebelah
  
ada juga yang tak berani tunggang, naik kereta kuda jelah...  
demo
  
demo pecutan...
 

  
Team Cowboy SIB

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails